10
_ maklumat keselamatan
LANGKAH BERJAGA-JAGA BAGI MENGELAKKAN
PENDEDAHAN KEPADA TENAGA GELOMBANG MIKRO
YANG BERLEBIHAN
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan
pendedahan kepada tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
(a)
Dalam apa keadaan sekalipun, jangan sekali-kali cuba mengendalikan ketuhar dengan pintunya
terbuka atau mengusik saling kunci keselamatan (selak pintu) atau memasukkan sesuatu benda
ke dalam lubang saling kunci keselamatan.
(b)
Jangan letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka depan atau membiarkan
sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul pada permukaan kedap. Pastikan pintu dan
permukaan kedap pintu sentiasa bersih dengan mengelapnya selepas digunakan mula-mula
dengan kain lembap dan kemudian dengan kain kering yang lembut.
(c)
Jangan kendalikan ketuhar jika ia rosak sehingga ia telah dibaiki oleh juruteknik servis
gelombang mikro yang berkelayakan yang dilatih oleh pembuat. Adalah penting sekali pintu
ketuhar ditutup dengan betul dan tiada kerosakan pada:
(1)
Pintu (bengkok)
(2)
Engsel pintu (pecah atau longgar)
(3)
kedap pintu dan permukaan kedap
(d)
Ketuhar tidak harus dilaras atau dibaiki oleh sesiapa pun kecuali juruteknik servis gelombang
mikro yang berkelayakan dan dilatih oleh pembuat.
Produk ini ialah peralatan ISM Kelas B Kumpulan 2. Definisi kumpulan 2 yang
mengandungi semua peralatan ISM di mana tenaga frekuensi radio dijana dengan
sengaja dan/atau digunakan dalam bentuk sinaran elektromagnet bagi rawatan bahan,
dan peralatan EDM dan kimpalan arka. Peralatan Kelas B ialah peralatan yang sesuai
untuk digunakan dalam perusahaan-perusahaan domestik dan dalam perusahaan-
perusahaan yang bersambung terus pada rangkaian bekalan kuasa voltan rendah yang
membekalkan bangunan-bangunan yang digunakan untuk tujuan-tujuan domestik.
CP1395EST_XSP_DE68-03885E_MA.indb 10
2011-08-02 8:22:37