maklumat keselamatan _
9
Jangan sejukkan pintu, bahagian dalam alat, atau bekas secara mendadak dengan menuang
air ke atasnya semasa atau sejurus selepas memasak.
- Ini boleh menyebabkan kerosakan pada alat. Semburan wap atau air boleh menyebabkan
luka kebakaran atau kecederaan.
Alat-alat tidak dimaksudkan untuk dikendalikan dengan menggunakan pemasa luaran atau
sistem kawalan jauh berasingan.
Tanda-tanda amaran yang serius bagi pembersihan
Jangan bersihkan perkakas dengan menyemburkan air terus padanya.
Jangan gunakan benzena, pencair atau alkohol untuk membersihkan perkakas.
- Ini boleh menyebabkan perubahan warna, kecacatan, kerosakan, kejutan elektrik atau
kebakaran.
Sebelum membersihkan atau melakukan penyelenggaraan, cabut palam alat dari soket dinding
dan buang sisa makanan dari pintu dan petak pemasakan.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
Jangan gunakan pembersih kasar yang kuat atau pengerik logam yang tajam untuk
membersihkan kaca pintu ketuhar kerana ia boleh mencalarkan permukaannya, yang boleh
mengakibatkan kaca itu pecah.
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro untuk mengeringkan kertas atau kain.
Untuk keselamatan anda, jangan gunakan pembersih air tekanan tinggi atau pembersih jet wap.
semasa keadaan pembersihan permukaan-permukaan alat ini mungkin menjadi lebih panas
daripada biasa dan kanak-kanak harus dijauhkan dari alat ini. (model pembersihan sahaja)
tumpahan berlebihan mesti dihilangkan sebelum pembersihan dan akan menentukan perkakas
mana yang boleh ditinggalkan di dalam ketuhar semasa pembersihan. (model pembersihan
sahaja)
Tanda-tanda awas bagi pembersihan
Ketuhar harus dibersihkan dengan tetap dan sebarang cebisan makanan ditanggalkan.
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang bersih boleh mengakibatkan
kerosakan pada permukaannya yang boleh memendekkan hayat peralatan ini dan mungkin
mengakibatkan situasi yang berbahaya.
Berhati-hati agar tidak mencederakan diri anda sendiri semasa membersihkan alat ini (luaran/
dalaman).
- Anda boleh mencederakan diri anda sendiri jika terkena pinggir-pinggir tajam alat ini.
Jangan bersihkan alat ini dengan pembersih wap.
- Ini boleh menyebabkan kekakisan.
AMARAN
AWAS
CP1395EST_XSP_DE68-03885E_MA.indb 9
2011-08-02 8:22:37