maklumat keselamatan _
3
JANGAN cuba.
JANGAN rungkas.
JANGAN sentuh.
Ikuti arahan sepenuhnya.
Cabut palam kuasa dari soket dinding.
Pastikan mesin dibumikan untuk mencegah kejutan elektrik.
Hubungi pusat perkhidmatan bagi mendapatkan bantuan.
Nota
Penting
Tanda-tanda amaran yang serius bagi pemasangan
Pemasangan alat ini mesti dilakukan oleh seorang juruteknik khidmat gelombang mikro yang
berkelayakan dan dilatih oleh pengilang.
Sila lihat bahagian “Memasang Ketuhar Gelombang Mikro Anda”.
Pasang kord kuasa pada soket dinding yang betul atau lebih tinggi dan gunakan soket bagi alat
ini sahaja. Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh. Selain itu, jangan gunakan
kord pemanjang.
- Kegagalan berbuat demikian dan berkongsi soket dinding dengan alat-alat lain menggunakan
jalur kuasa atau memanjangkan kord kuasa boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
- Jangan gunakan transformer elektrik. Ia boleh menyebabkan kejutan atau kebakaran.
Pemasangan alat ini mesti dilakukan oleh juruteknik atau syarikat khidmat yang berkelayakan.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik, kebakaran, letupan,
masalah dengan produk, atau kecederaan.
Ia harus membolehkan sambungan perkakas diputuskan daripada bekalan selepas
pemasangan. Pemutusan sambungan boleh dicapai dengan memastikan palam boleh dicapai
atau dengan menyertakan suis dalam pendawaian tetap mengikut peraturan pendawaian.
Ketuhar gelombang mikro ini dimaksudkan untuk digunakan di atas kaunter atau atas kaunter
sahaja; ketuhar gelombang mikro ini tidak harus diletakkan di atas kabinet.
Jangan pasang perkakas ini berhampiran dengan pemanas, bahan yang mudah terbakar.
Jangan pasang perkakas ini di lokasi yang lembap, berminyak atau berhabuk, di lokasi yang
terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan air (titisan air hujan).
Jangan pasang perkakas ini di lokasi di mana gas mungkin bocor.
- Ini boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
Alat ini tidak dimaksudkan untuk dipasang di dalam kenderaan jalan raya, karavan, dan
kenderaan-kenderaan yang serupa dll.
Perkakas ini mesti dibumikan dengan betul.
Jangan bumikan perkakas ke paip gas, paip air plastik, atau talian telefon.
- Ini boleh menyebabkan kejutan elektrik, kebakaran, letupan, masalah dengan produk.
- Jangan sekali-kali pasang kord kuasa pada soket yang tidak dibumikan dengan betul dan
pastikan bahawa ia menurut kod-kod tempatan dan nasional.
AMARAN
CP1395EST_XSP_DE68-03885E_MA.indb 3
2011-08-02 8:22:37