4
_ maklumat keselamatan
Tanda-tanda awas bagi pemasangan
Alat ini harus diposisikan dengan cara yang membolehkan palam kuasa mudah dicapai.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran
disebabkan kebocoran elektrik.
Pasang alat anda di atas lantai yang rata dan keras yang boleh menyokong berat alat ini.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan getaran luar biasa, bunyi bising, atau
masalah dengan produk.
Pasang alat dengan mengekalkan jarak yang sesuai dengan dinding.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kebakaran disebabkan pemanasan yang
berlebihan.
Ketinggian minimum ruang bebas yang diperlukan di atas permukaan atas ketuhar.
Tanda-tanda amaran serius bagi elektrik
Hilangkan semua bahan-bahan asing seperti habuk atau air dari terminal-terminal palam kuasa
dan titik sentuhan menggunakan kain kering dengan kerap.
- Cabut palam kuasa dan bersihkan ia dengan kain kering.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
Pasang palam kuasa pada soket dinding mengikut arah yang betul agar kordnya menurun ke
arah lantai.
- Jika anda memasang palam kuasa pada soket mengikut arah yang bertentangan, dawai-
dawai elektrik di dalam kabel boleh menjadi rosak dan ini boleh menyebabkan kejutan elektrik
atau kebakaran.
Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh. Jangan gunakan palam kuasa yang
rosak, kord kuasa yang rosak atau soket dinding yang longgar.
- Ini boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
Jangan tarik atau bengkokkan kord kuasa secara melampau. Jangan pintal atau ikat kord kuasa.
Jangan sangkutkan kord kuasa di atas objek logam, letakkan objek berat di atas kord kuasa,
masukkan kord kuasa di antara objek, atau tolak kord kuasa ke dalam ruang di belakang perkakas.
- Ini boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
Jangan tarik kord kuasa, apabila mencabut palam kuasa.
- Cabut palam kuasa dengan memegang palam.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
Apabila alat atau kord rosak, hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
Tanda-tanda awas bagi elektrik
Cabut palam kuasa apabila alat ini tidak digunakan bagi jangka masa panjang atau semasa
ribut petir/guruh.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
Tanda-tanda amaran yang serius bagi menggunakan
Sekiranya berlaku kebocoran gas (seperti gas propana, gas LP, dll), alih udara dengan segera
tanpa menyentuh palam kuasa. Jangan sentuh alat atau kord kuasa.
- Jangan gunakan kipas alih udara.
- Bunga api boleh menyebabkan letupan atau kebakaran.
Berhati-hati bagi memastikan pintu, pemanas atau sebarang bahagian lain tidak menyentuh
tubuh semasa memasak atau selepas memasak.
- Ini boleh menyebabkan luka terbakar.
AMARAN
AMARAN
AWAS
AWAS
CP1395EST_XSP_DE68-03885E_MA.indb 4
2011-08-02 8:22:37