penggunaan ketuhar _
61
04 PENGGUNAAN KETUHAR
PEROLAKAN
Memasak dengan perolakan adalah kaedah tradisional yang diketahui ramai
untuk memasak makanan di dalam ketuhar tradisional dengan hawa panas.
Kedudukan elemen pemanas dan kipas terletak di dinding sisi, supaya udara
panas boleh beredar.
Perkakas memasak untuk proses memasak perolakan:
Semua perkakas kalis ketuhar konvensional, tin membakar dan helaian
membakar – apa sahaja yang biasanya anda gunakan di dalam ketuhar
perolakan tradisional – boleh digunakan.
Makanan yang sesuai untuk proses memasak perolakan:
Semua biskit, skon, rol dan kek harus dibuat menggunakan mod ini dan juga kek
buah yang kaya, pastri choux dan souffle.
GELOMBANG MIKRO + PEROLAKAN
Mod ini menggabungkan tenaga gelombang mikro dengan udara panas dan
dngan itu mengurangkan masa memasak sambil memberi makanan permukaan
yang perang dan rangup.
Memasak dengan perolakan adalah kaedah memasak tradisional yang diketahui
ramai di dalam ketuhar dengan udara panas yang diedarkan oleh kipas di sisi kiri
rongga.
Lima mod kombinasi terdapat dengan model ini:
600 W + Perolakan, 450 W + Perolakan, 300 W + Perolakan, 180 W + Perolakan
dan 100 W + Perolakan.
Perkakas untuk memasak dengan gelombang mikro + perolakan:
Harus membolehkan gelombang mikro menembusinya. Harus kalis ketuhar
(seperti kaca, tembikar atau “china” tanpa perapi logam); serupa dengan
perkakas memasak yang diterangkan di bawah MW + Gril.
Makanan yang sesuai untuk proses memasak gelombang mikro +
perolakan:
Semua jenis daging dan ayam itik serta kaserol dan hidangan gratin, kek span
dan kek buah ringan, pai dan repui, sayur panggang, skon dan roti.
CP1395EST_XSP_DE68-03885E_MA.indb 61
2011-08-02 8:23:02