2
_ menggunakan manual ini
menggunakan manual ini
Terima kasih kerana membeli ketuhar gelombang mikro SAMSUNG.
Manual Pemilik anda mengandungi arahan keselamatan dan maklumat penting tentang
menggunakan dan menjaga ketuhar gelombang mikro baru anda.
Sebelum menggunakan ketuhar anda, pastikan arahan keselamatan penting dibaca dengan teliti
dan disimpan untuk rujukan masa hadapan.
Panduan carian pantas berguna yang menerangkan pengendalian memasak asas disediakan di
dalam muka hadapan untuk kemudahan anda.
maklumat keselamatan
• Sebelum mengendalikan alat ini, sila baca buku panduan ini dengan teliti dan simpan
ia di tempat yang selamat berdekatan dengan alat ini untuk rujukan anda pada masa
hadapan.
• Gunakan alat ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti yang diterangkan
di dalam buku panduan ini. Alat ini bukan untuk digunakan oleh orang-orang
(termasuk kanak-kanak) yang mempunyai keupayaan fizikal, sensori atau mental
yang kurang, atau tidak berpengalaman dan berpengetahuan, kecuali mereka telah
diberikan penyeliaan atau arahan tentang penggunaan alat ini oleh orang yang
bertanggungjawab bagi keselamatan mereka. Amaran dan Arahan Keselamatan di
dalam buku panduan ini tidak merangkumi semua keadaan dan situasi yang boleh
berlaku. Anda bertanggungjawab untuk menggunakan akal, berwaspada dan berhati-
hati semasa memasang, menyelenggarakan dan mengendalikan perkakas anda.
• Oleh kerana arahan pengendalian berikut meliputi pelbagai model, ciri ketuhar
gelombang mikro anda mungkin berbeza sedikit daripada yang diterangkan di dalam
manual ini dan bukan semua tanda-tanda amaran boleh digunakan. Jika anda
mempunyai sebarang soalan atau keprihatinan, hubungi pusat perkhidmatan yang
terdekat dengan anda atau dapatkan bantuan dan maklumat dalam talian di www.
samsung.com.
Simbol-simbol keselamatan dan langkah-langkah awas penting.
Simbol-simbol yang berikut digunakan dalam teks Buku Panduan Pengguna ini:
AMARAN
Bahaya atau amalan-amalan yang tidak selamat yang boleh
menyebabkan
kecederaan diri yang teruk atau kematian
.
AWAS
Bahaya atau amalan-amalan yang tidak selamat yang boleh
menyebabkan
kecederaan diri yang tidak serius atau
kerosakan harta benda
.
AWAS
Untuk mengurangkan risiko kebakaran, letupan, kejutan elektrik, atau
kecederaan diri apabila menggunakan ketuhar gelombang mikro
anda, sila ikut awas keselamatan asas ini.
CP1395EST_XSP_DE68-03885E_MA.indb 2
2011-08-02 8:22:36