16
_ sebelum anda mula menggunakan
sebelum anda mula
menggunakan
Pasangkan palam ketuhar. Tiada apa-apa akan muncul pada paparan pada masa ini.
Buka pintu, paparan akan berkelip dan menunjukkan "0". Ketuhar kini sedia untuk
digunakan.
Ketuhar ini mempunyai mod Penjimatan tenaga, untuk butiran
Ketuhar akan lalai ke mod Penjimatan tenaga selepas 5 minit jika tidak digunakan.
Semasa dalam mod penjimatan tenaga, paparan kosong dan ketuhar tidak boleh
digunakan.
Untuk menghilangkan mod Penjimatan tenaga, buka pintu dan kemudian paparan akan
menunjukkan "0". Ketuhar sedia untuk digunakan.
MENYEDIAKAN KETUHAR ANDA
Menyediakan ketuhar gelombang mikro anda
1.
Letakkan ketuhar di atas permukaan rata dan kukuh, kemudian pasangkan
palam di soket berbumi.
Pastikan ada pengudaraan yang mencukupi untuk ketuhar anda dengan
meninggalkan sekurang-kurangnya empat inci ruang di belakang, atas, dan
tepi ketuhar.
2.
Buka pintu ketuhar dengan menarik pemegang pintu di sebelah bawah pintu.
3.
Lap bahagian dalam ketuhar dengan kain lembap.
4.
Letakkan dulang sokongan di dalam lekuk di
tengah ketuhar.
5.
Letakkan Piring Putar dengan kukuh di tengah
dulang sokongan.
CP1395EST_XSP_DE68-03885E_MA.indb 16
2011-08-02 8:22:44