M – 3
ARAHAN PEMASANGAN
1. Tanggalkan semua bahan pembungkusan daripada rongga ketuhar, (jangan tanggalkan penutup
pandu gelombang), dan pelekat ciri daripada luar pintu, sekiranya ada. Periksa unit untuk mengesan
kerosakan, seperti pintu yang senget, kedap pintu yang rosak atau kemik di dalam rongga ketuhar
atau pada pintu. Sekiranya ada sebarang kerosakan, jangan gunakan ketuhar sehingga ia telah
diperiksa oleh PUSAT SERVIS YANG DILULUSKAN OLEH SHARP dan dibaiki, jika perlu.
2. Aksesori yang dibekalkan
1) Pinggan putar
2) Rak rendah
3) Rak tinggi
4) Buku panduan kendalian
5) 2 Buku masakan 6) Panduan mula ringkas
3. Memandangkan pintu akan menjadi panas semasa memasak, dan untuk mengelakkan sentuhan
tidak sengaja, ketuhar mesti diletakkan sekurang-kurangnya 80 cm atau lebih dari atas lantai. Anda
juga mesti menjauhkan kanak-kanak dari pintu untuk melindungi mereka dari melecur.
4. Letakkan pinggan putar di atas aci motor pinggan putar atas lantai ketuhar. Rujuk pada GAMBAR
RAJAH KETUHAR di halaman M-4. JANGAN SEKALI-KALI mengendalikan ketuhar tanpa pinggan
putar.
5. Ketuhar ini direka untuk digunakan di atas kaunter sahaja. Ia tidak boleh dipasang di tempat di
mana haba dan wap lampau terjana, contohnya, di sebelah unit ketuhar konvensional.
Ketuhar ini mesti dipasang tanpa menyekat lubang peraliran udara.
Tinggalkan ruang sekurang-kurangnya 40 cm dari bahagian atas ketuhar untuk peraliran udara.
Ketuhar ini tidak direka untuk dipasang secara terbina dalam pada dinding atau kabinet.
6. Pengilang dan pengedar tidak menerima sebarang liabiliti ke atas kerosakan kepada mesin atau
kecederaan diri disebabkan kegagalan mematuhi prosedur penyambungan elektrik yang betul.
Voltan dan frekuensi A. C. mestilah sama seperti yang dinyatakan pada label kadaran di belakang
ketuhar.
7. Peralatan ini mesti dibumikan. :
PENTING
Wayar pada kord bekalan kuasa diwarnakan mengikut kod yang berikut:
Hijau-dan-kuning : Bumi
Biru
: Neutral
Coklat
: Hidup
Sekiranya warna pada wayar di kord bekalan kuasa peralatan ini tidak sama dengan tanda warna
yang mengenal pasti terminal dalam palam anda, lakukan yang berikut:
Wayar yang berwarna hijau-dan-kuning mesti disambungkan kepada terminal palam yang bertanda
huruf E atau simbol bumi
atau berwarna hijau atau hijau-dan-kuning.
Wayar yang berwarna biru mesti disambungkan kepada terminal yang bertanda dengan huruf N
atau berwarna biru.
Wayar yang berwarna coklat mesti disambungkan kepada terminal yang bertanda dengan huruf
L atau berwarna coklat.
R-899R(S) [SRS]_MA.indd Sec1:3
R-899R(S) [SRS]_MA.indd Sec1:3
4/7/09 9:27:33 AM
4/7/09 9:27:33 AM