M-11
A43185 SRS/SRSSC R248J O/M
Daging Lembu ( bahagian dada ) dengan Lobak Putih
[ Bahan-bahan ]
570 g Daging Lembu
( bahagian dada )
330 g Lobak Putih
2 g Cili Padi
2 Jintan Manis
2 tangkai Daun Bawang
( dipotong )
3 hiris Halia
[ Cara Membuatnya ]
1. Persediaan
Potong daging kepada kepingan-kepingan. Perapkan dengan garam ( 1
1
/
2
sudu
teh), gula ( 1
1
/
2
sudu teh ), kicap ( 2 sudu teh) dan sos tiram ( 2 sudu teh). Kupas
kulit dan potong lobak putih kepada kepingan-kepingan.
2. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk kaserol ( mangkuk tahan panas ) 3
liter tanpa ditutup dalam masa 4 minit dengan menggunakan ketuhar paras
TINGGI. Kemudian masukkan hirisan halia dan daging lembu yang telah diperap
tadi. Tudungkan dan masak selama 5 minit menggunakan ketuhar paras TINGGI.
3. Tambahkan cili padi, jintan manis dan 250 hingga 280 air mendidih. Kacau rata.
Tutup dan masak dengan MASAKAN MERENIH (TINGGI) selama 1 jam.
4. Masukkan lobak putih dan 200 hingga 250 ml air mendidih. Kacau rata. Tutupkan dan
masak pada paras MASAKAN MERENIH (TINGGI) untuk 1 jam 30 minit berikutnya.
5. Masukkan sos tepung jagung ( 2 sudu teh), sos tiram ( 2 sudu teh), garam (
1
/
2
sudu teh) dan air ( 3 sudu teh). Tutup dan masak pada paras MASAKAN ME-
RENIH (RENDAH) selama 10 hingga 30 minit.
6. Hiaskan dengan daun bawang selepas memasak.
7. Hidangan untuk 4 orang.
[ Bahan-bahan ]
500 g ketulan Ayam
150 g Lobak Merah
200 g Ubi Kentang
160 g Bawang
400 ml Santan
1 sudu teh serbuk kari
[ Cara Membuatnya ]
1. Kupas, basuh dan potong lobak merah, ubi kentang dan bawang kepada ketulan.
2. Perapkan ketulan ayam dengan garam ( 1 sudu teh), gula ( 1 sudu teh), sos tiram
( 1sudu teh), kicap ( 1 sudu teh), serbuk kari( 1 sudu teh) dan secebis lada sulah.
Biarkan buat sementara waktu.
3. Masukkan lobak merah, ubi kentang dan 200 ml santan ke dalam periuk kaserol 3
liter. Tutup dan masak menggunakan ketuhar pada paras TINGGI selama 12 minit.
4. Masukkan ayam yang diperap tadi dan tambahkan lagi 200 ml santan. Kacau rata.
Tutup dan masak pada paras MASAKAN MERENIH (TINGGI) selama 20 minit.
5. Tambahkan bawang dan garam ( 1 sudu teh ). Kacau rata.Tutup dan masak pada
paras MASAKAN MERENIH (TINGGI) untuk 20 hingga 30 minit lagi.
6. Kacau rata.
7. Hidangan untuk 4 hingga 6 orang.
Resipi-resipi Masakan Merenih
[ Bahan-bahan ]
1 biji Betik
( telah masak )
25 g Cendawan Putih
5 g Badam Manis
5 g Badam Pahit
160 g Gula Batu
[ Cara Membuatnya ]
1. Rendam cendawan putih sekurang-kurangnya 3 jam. Buang dedaun cendawan,
kemudian basuh dan keringkan sepenuhnya. Buangkan batang cendawan putih.
2. Kupas kulit dan buangkan biji betik selepas memotongnya kepada dua bahagian.
Ceduk keluar isi betik berbentuk bola atau potong bentuk dadu berukuran 3cm
3
.
3. Masukkan cendawan putih, badam manis, badam pahit, dan 500 ml air ke dalam
periuk kaserol 3 liter. Tutup dan masak menggunakan ketuhar pada paras TINGGI
selama 20 minit. Biarkan selama 10 minit.
4. Tambahkan betik yang telah dipotong dadu, gula batu dan 500 ml air.Tutup dan
masak pada paras MASAKAN MERENIH ( TINGGI ) selama 1 jam 15 minit hingga
1 jam 30 minit.
5. Kacau rata. Hidangan untuk 4 orang.
[ Bahan-bahan ]
420 g Ayam
36 g Red Dates
20 g Wai San
20 g Kei Chee
20 g Tung Sam
20 g Pak Kei
20 g Longan
[ Cara Membuatnya ]
1. Persediaan-
Potong ayam kepada 4 hingga 6 ketul. Buang kulitnya. Campurkan dan rendam
semua herba ke dalam 1150 ml air dalam periuk kaserol 3 liter sekurang-
kurangnya selama 3 jam.
2. Jerangkan 1000 ml air dalam periuk kaserol 2 liter ( bertutup ) menggunakan
ketuhar pada paras TINGGI selama 10 minit. Masukkan ketulan ayam. Tutup dan
rebus selama 4 minit lagi. Kemudian keluarkan dan sejat.
3. Masukkan ayam ke dalam campuran herba tadi dan masak dengan bertutup pada
paras MASAKAN MERENIH (TINGGI) selama 1 jam 30 minit. Kemudian masak
pada paras MASAKAN MERENIH (RENDAH) selama 20 hingga 40 minit.
4. Tambah garam ( 1 sudu teh atau lebih ) secukup rasa. Kacau dan biarkan ia
bertutup selama 5 minit.
5. Hidangan untuk 4 orang.
Sup Ayam Herba Berkhasiat
Ayam Berkelapa Portugis
Cendawan Putih dengan Betik
SRS/SRSSC R248J,Malay,P01-16
04.10.13, 2:44 PM
11