M - 1
A43185 SRS/SRSSC R248J C/B
[Bahan-bahan yang diperlukan]
230 gm udang
40 gm lemak daging
1 tin cendawan straw
sedikit bawang yang dipotong bulat
sedikit minyak bijan
[Bahan-bahan Perisa]
(A)
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh monosodium glutamate
1/2 sudu teh lada
1biji putih telur
1/2 sudu teh tepung jagung
(B)
1 sudu teh garam
1 sudu besar wain yang diperbuat daripada beras
2 sudu teh monosodium glutamate
3 cawan air.
[Cara Memasak]
1. Buangkan urat udang, keringkan dan cincangkannya.
Tambahkan lemak daging dan bahan-bahan perisa (A),
kacau sehingga menjadi sebati supaya dapat
membentuk pasta yang pekat. Gunakan sudu besar
untuk membentuk bebola udang. Kemudian
ketepikannya.
2. Tambahkan bahan-bahan perisa (B) ke dalam mangkuk
kaserol yang besar, tutup dan letakkan di dalam ketuhar
gelombang mikro pada tahap HIGH selama 7 minit.
3. Tambahkan bebola udang, cendawan straw dan
bawang yang dipotong bulat. Tutup dan biarkan masak
di dalam ketuhar gelombang mikro pada tahap HIGH
selama 3 hingga 4 minit sehingga bebola udang timbul
di atas sup. Renjiskan minyak bijan dan ianya sedia
untuk dihidangkan.
Sup Bebola Udang dengan Cendawan Straw
[Bahan-bahan]
150 gm tomato
150 gm daging lembu yang dikisarkan
2 ulas bawang yang dipotong bulat
2 keping halia
sedikit daun ketumbar yang dicincang halus
sedikit daun saleri yang dicincang halus
sedikit minyak bijan
[Bahan-bahan Perisa]
(A)
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh monosodium glutamate
1/2 sudu teh wain yang diperbuat daripada beras
1/2 sudu teh sos soya
1 sudu teh tepung jagung
1 ulas putih telur
(B)
1/2 sudu teh garam
1 ulas bawang yang dipotong bulat
1/4 sudu teh lada
1/4 sudu teh monosodium glutamate
[Cara Memasak]
1. Cincang bawang dan halia sehingga menjadi halus.
Potong tomato kepada 4 bahagian.
2. Campurkan daging lembu yang dikisarkan dengan
bawang, halia dan bahan-bahan perisa (A). Kemudian
tambahkan putih telur dan tepung jagung. Kacau
sehingga semua bahan-bahan tadi menjadi sebati.
Kemudian gunakan sudu besar untuk membentuk
bebola daging.
3. Tambahkan 3 cawan air dan tomato kedalam mangkuk
yang besar.
Tutupkan dan masak di dalam ketuhar gelombang
mikro pada tahap HIGH selama 7 minit. Tambahkan
bebola daging dan bahan-bahan perisa (B), tutup dan
masak semula pada tahap HIGH selama 3 hingga 4
minit. Tambahkan daun ketumbar dan saleri serta
renjiskan minyak bijan sebelum dihidangkan.
Bebola Daging dalam Sup Tomato
[Bahan-bahan]
300 gm isi ikan
150 gm brokoli
1 sudu besar daun saleri yang dicincang
[Bahan-bahan Perisa]
(A)
1 biji putih telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh wain yang diperbuat daripada beras
(B)
1 ulas bawang yang dipotong bulat
2 keping halia
1 sudu teh wain yang diperbuat daripada beras
(C)
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh monosodium glutamate
1/4 sudu teh lada
[Cara Memasak]
1. Buangkan tulang ikan dan cincangkannya halus.
Tambahkan bahan-bahan perisa (A) dan kacau perlahan.
2. Basuh brokoli dan potongkannya menjadi kepingan-
kepingan yang kecil. Masukkan bahan tadi ke dalam
mangkuk kaserol dan tambahkan 2 sudu besar air.
Tutupkan dan masak di dalam ketuhar gelombang
mikro pada tahap HIGH selama 2 minit 30 saat.
3. Masukkan bawang yang dipotong bulat, halia dan 3
cawan air serta bahan-bahan perisa (B) ke dalam
mangkuk kaserol . Kacau sehingga semua bahan-bahan
tadi menjadi sebati. Tutupkan dan masak di dalam ketuhar
gelombang mikro pada tahap HIGH selama 7 minit.
Tambahkan bahan-bahan perisa (C) dan brokoli.
Masak semula di dalam ketuhar gelombang mikro
pada tahap HIGH selama 2 minit 30 saat.
4. Masukkan adunan ikan yang dicincang ke dalam sup yang
sedang mendidih. Tutup dan masak di dalam ketuhar
gelombang mikro selama 1 minit . Hiaskan dengan daun saleri.
Brokoli dan Sup Isi Ikan
RESIPI
SUP
SRS/SRSSC R248J,CB,M1-M6
04.8.25, 6:33 PM
1