M-1
A43185 SRS/SRSSC R248J O/M
AMARAN
ARAHAN-ARAHAN KESELAMATAN YANG PENTING: BACA DENGAN BETUL DAN SIMPAN UNTUK
RUJUKAN MASA HADAPAN.
1. Untuk mengurangkan risiko kebakaran di ruang ketuhar:
a. Jangan masak melampaui masa.
b. Tanggalkan ikatan wayar dari kertas atau beg plastik sebelum memasukkan beg ke dalam ketuhar.
c. Jangan panaskan minyak atau lemak untuk menggoreng. Suhu minyak tidak dapat dikawal.
d. Periksa ketuhar untuk tanda-tanda asap atau kebakaran dari masa ke semasa apabila makanan
dipanaskan di dalam bekas boleh buang yang diperbuat daripada plastik, kertas atau bahan-bahan
mudah terbakar yang lain.
e. Jika bahan-bahan di dalam ketuhar tercucuh, atau jika asap terhasil,pastikan pintu ketuhar tertutup,
matikan ketuhar, dan putuskan sambungan plag kuasa, ataupun matikan kuasa di fius atau panel
pemutus litar.
f. Selepas digunakan, lap penutup hala gelombang dengan kain lembap, diikuti dengan kain kering untuk
menanggalkan sebarang kesan limpahan makanan dan minyak. Minyak yang berlapisan mungkin akan
menjadi panas dan berasap atau menyebabkan kebakaran.
2. Untuk mengurangkan risiko letupan atau didihan letusan tertangguh semasa memegang bekas itu. Ketuhar
gelombang mikro anda berupaya memanaskan makanan dan minuman dengan cepat. Oleh itu, amat penting
untuk anda memilih masa memasak dan tahap kuasa yang sesuai untuk jenis dan kuantiti makanan yang akan
dipanaskan. Jika anda tidak pasti tentang masa dan tahap kuasa yang diperlukan, mulakan dengan masa dan
tahap kuasa yang rendah sehinggalah makanan dipanaskan dengan rata.
Di samping itu:
a. Jangan letakkan sebarang bekas bertutup di dalam ketuhar. Botol bayi yang mempunyai penutup
berskru atau puting susu adalah dianggap sebagai bekas bertutup.
b. Jangan gunakan melebihi jumlah masa.
c. Semasa mendidihkan cecair di dalam ketuhar, gunakan bekas yang mempunyai mulut yang luas.
d. Biarkan sekurang-kurangnya 20 saat selepas habis memasak bagi mengelakkan letusan didihan cecair
terkemudian.
e. Kacau cecair sebelum dan semasa memasak. Berwaspada semasa memegang bekas atau memasukkan
sudu atau perkakas lain ke dalam bekas.
3. Ketuhar ini hanya untuk kegunaan di rumah sahaja dan digunakan untuk memanas, memasak dan mencair-
kan makanan dan minuman. Ketuhar ini tidak sesuai untuk penggunaan komersial, di makmal, atau untuk
memanaskan peranti-peranti terapi pemanasan, seperti "wheat bag".
4. Jangan gunakan ketuhar sekiranya sebarang alat tersekat di antara pintu ketuhar dengan ketuhar.
5. Jangan cuba mengubah atau membaik pulih ketuhar dengan sendiri.
Ianya merbahaya kepada sesiapa juga melainkan juruteknik servis bertauliah yang telah dilatih oleh SHARP bagi
melaksanakan sebarang operasi servis atau baik pulih. Hl-hal yang melibatkan penanggalan penutup yang memberi
perlindungan daripada pendedahan kepada tenaga gelombang mikro terutamanya adalah amat berbahaya.
6. Jangan gunakan ketuhar sekiranya ia tidak berfungsi atau rosak sehingga telah diperbaiki oleh juruteknik servis yang bertauliah
yang dilatih oleh SHARP. Pintu ketuhar harus sentiasa boleh ditutup rapi dan pastikan tidak ada sebarang kerosakan pada:
(1) Pintu (menggeleding), (2) Engsel dan Selak (samada pecah atau longgar), (3) Pengedap pintu, permukaan mengedap
dan ruang dalam ketuhar (menggeleding atau berubah bentuk), (4) Tanda-tanda lecur pada permukaan pengedap pintu.
7. Jangan melanggar atau membiarkan peralatan dapur, pakaian dan aksesori anda tersangkut pada kancing
keselamatan pintu semasa mengeluarkan makanan daripada ketuhar.
8. Jangan sekali-kali menjolok objek, terutamanya objek logam, melalui gril atau di antara pintu dan ketuhar
semasa oven sedang beroperasi.
9. Jangan sekali-kali mengubah atau menyahaktifkan kancing keselamatan pintu.
10. Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar untuk mengelakkan daripada melecur semasa memegang alat-alat yang bersentuhan
dengan makanan panas. Haba daripada makanan yang panas boleh berpindah melalui alat itu dan menyebabkan kulit anda melecur.
11. Sekiranya kord bekalan kuasa rosak, kord itu mestilah digantikan dengan kord istimewa yang dibekalkan oleh
PUSAT SERVIS YANG DILULUSKAN OLEH SHARP. Dan kord itu mestilah digantikan oleh seorang juruteknik
servis yang bertauliah yang dilatih oleh SHARP untuk mengelakkan bahaya.
12. Sekiranya lampu ketuhar rosak, sila hubungi wakil jurujual anda atau juruteknik servis yang bertauliah yang
dilatih oleh SHARP.
13. Elakkan kelecuran diakibatkan stim dengan menghalakan stim jauh daripada muka dan tangan. Dengan
perlahan, angkat penjuru terjauh penutup bekas termasuklah pembalut plastik gelombang mikro dll., dan
buka beg popcorn dan beg pemasak ketuhar dengan berhati-hati jauh dari muka anda.
14. Pastikan wayar elektrik tidak rosak dan tidak berada di bawah ketuhar atau di atas sebarang permukaan panas atau penjuru tajam.
15. Untuk mengelakkan piring putar daripada pecah:
a. Biarkannya sejuk sebelum dibersih dengan air.
b. Jangan letakkan apa-apa yang panas di atas pemutar piring yang sejuk.
c. Jangan letakkan apa-apa yang sejuk di atas pemutar piring yang panas.
16. Jangan letakan sebarang benda di atas kabinet luar.
17. Jangan simpan sebarang makanan atau benda di dalam ketuhar.
18. Pastikan perkakas yang digunakan semasa memasak tidak menyentuh permukaan dinding dalam ketuhar.
19. Hanya benarkan kanak-kanak menggunakan ketuhar tanpa pengawasan setelah diterangkan peraturan-
peraturan penggunaan dengan mencukupi supaya mereka dapat menggunakan ketuhar dengan selamat dan
memahami bahaya-bahaya penyalahgunaan.
20. Alat ini tidak dimaksudkan untuk kegunaan kanak-kanak kecil atau orang yang tidak berdaya tanpa pengawasan.
21. Kanak-kanak harus diawas untuk memastikan mereka tidak bermain dengan alat dapur ini.
SRS/SRSSC R248J,Malay,P01-16
04.12.7, 3:02 PM
1