M-3
A43185 SRS/SRSSC R248J O/M
w
t
q
2
6
3
4 5
7
8 4
9
1
0
e
r
ARAHAN UNTUK MEMASANG KETUHAR
1. Keluarkan semua bahan pembungkusan dari ruang dalam ketuhar dan pelekat ciri dari panel pintu
ketuhar (jika ada). Periksa unit untuk sebarang kerosakan, contohnya pintu yang tidak dapat ditutup
dengan baik, pengedal-pengedap pintu yang rosak disekeliling pintu atau kebengkokan di dalam
ruang ketuhar atau di pintu. Jika terdapat sebarang kerosakan, jangan gunakan ketuhar itu sehingga
telah diperiksa oleh PUSAT SERVIS SHARP dan diperbaiki jika perlu.
2. Benda-benda yang disertakan bersama:
1) Piring putar
2) Roda penetap
3) Buku Panduan Operasi (dengan bahagian resipi)
3. Letakkan penetap penggelek di dalam pengganding di dasar ketuhar, kemudian tempatkan pemutar
piring di atas penetap penggelek dengan rapi. Rujuk GAMBARAJAH KETUHAR di bawah. Jangan
sekali-kali mengendalikan ketuhar tanpa penetap penggelek dan pemutar piring.
4. Jangan letakkan ketuhar ini di tempat bersuhu tinggi dan di mana terdapat stim di sekelilingnya,
contohnya di sebelah ketuhar biasa.
Ketuhar ini juga perlu diletakkan dalam keadaan tidak menutup lubang edaran udara.
Biarkan ruang yang berukuran sekurang-kurangnya 15sm di bahagian atas ketuhar untuk pengudaraan.
Ketuhar ini tidak direka untuk dilekatkan di dinding atau kabinet.
5. Pengeluar atau mahupun pengedar ketuhar tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan atau
kecederaan yang diakibatkan oleh kegagalan pengguna mematuhi prosidur pemasangan elektrik
yang betul.
Kuasa voltan dan frekuensi mesti berpadanan dengan tandaan pada label pengadaran ketuhar ini.
6. Ketuhar ini mesti disambung kepada wayar bumi.
PENTING
Warna pada wayar di dalam saluran bekalan elektrik adalah berdasarkan pada kod berikut:
Hijau-dan-kuning
:
Bumi
Biru
:
Neutral
Cokelat
:
Hidup
Sekiranya warna pada wayar di dalam saluran bekalan elektrik pada ketuhar adalah tidak sepadan
dengan warna yang ditandakan pada plug, buat seperti berikut:
Wayar yang berwarna hijau-dan-kuning harus disambung kepada terminal pada plug yang bertanda
huruf E ataupun tanda bumi
ataupun berwarna hijau atau hijau-dan-kuning.
Wayar yang berwarna biru harus disambung kepada terminal yang bertanda huruf N atau berwarna
biru.
Wayar yang berwarna cokelat harus disambung kepada terminal yang bertanda huruf L atau
berwarna cokelat.
GAMBARAJAH KETUHAR
1. Butang pembuka pintu
2. Lampu ketuhar
3. Engsel pintu
4. Selak pintu
5. Pintu lutsinar
6. Pengedap pintu dan permukaan pengedapan
7. Coupling
8. Penutup hala gelombang (Jangan alihkan)
9. Panel kawalan dengan sentuhan
(lihat mukasurat M-4)
10. Paparan hablur cecair
11. Salur bekalan kuasa
12. Lubang edaran udara
13. Piring putar
14. Roda penetap
15. Label pengadaran
SRS/SRSSC R248J,Malay,P01-16
04.10.14, 0:05 PM
3