Bahasa Melayu - 5
01
ARAHAN
KESELAMA
TAN
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia
8 tahun ke atas dan orang-orang yang kekurangan
keupayaan fizikal, deria atau mental atau kurang
pengalaman dan pengetahuan jika mereka telah
diselia atau diberi arahan mengenai penggunaan alat
dengan cara yang selamat dan memahami bahaya
yang terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain
dengan alat ini. Pembersihan dan penyelenggaraan
pengguna tidak seharusnya dilakukan oleh kanak-
kanak tanpa seliaan.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti oleh
pengilang, ejen perkhidmatannya atau orang-orang
yang sama berkelayakan bagi mengelakkan bahaya.
Ketuhar ini mesti diletakkan mengadap arah dan
ketinggian yang betul yang membenarkan capaian
mudah pada rongga dan kawasan kawalan.
Sebelum menggunakan ketuhar anda buat kali
pertama, ketuhar harus dikendalikan bersama air
selama 10 minit dan kemudian baru digunakan.
Jika ketuhar ini mengeluarkan bunyi bising,
bau terbakar atau mengeluarkan asap , cabut
palam kuasa dengan segera dan hubungi pusat
perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
Ketuhar gelombang mikro harus diletakkan di tempat
yang sesuai supaya palamnya mudah dicapai.
FUNGSI KETUHAR SAHAJA - PILIHAN
AMARAN
: Apabila alat dikendalikan dalam mod
kombinasi, kanak-kanak hanya boleh menggunakan
ketuhar di bawah penyeliaan orang dewasa kerana
suhu yang dijana.
Semasa digunakan, alat ini menjadi panas. Berhati-
hati agar tidak menyentuh elemen-elemen pemanas
di dalam ketuhar.
AMARAN
: Bahagian-bahagian yang boleh dicapai
akan menjadi panas semasa digunakan. Kanak-kanak
kecil tidak harus mendekati ketuhar.
Pembersih wap tidak boleh digunakan.
Jangan gunakan pembersih kasar yang kuat atau
pengerik logam yang tajam untuk membersihkan
kaca pintu ketuhar kerana ia boleh mencalarkan
permukaannya, yang boleh mengakibatkan kaca itu
pecah.
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 5
2019-09-10 2:34:24
Summary of Contents for MG23H3115G Series
Page 38: ...MEMO MEMO MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 38 2019 09 10 2 34 31 ...
Page 39: ...MEMO MEMO MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 39 2019 09 10 2 34 31 ...
Page 78: ...备忘录 备忘录 MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 38 2019 09 10 2 34 38 ...
Page 79: ...备忘录 备忘录 MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 39 2019 09 10 2 34 38 ...
Page 118: ...MEMO MEMO MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 38 2019 09 10 2 34 44 ...
Page 119: ...MEMO MEMO MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 39 2019 09 10 2 34 44 ...