Bahasa Melayu - 4
Jika asap dikeluarkan, matikan atau cabut palam alat
dan pastikan pintu ketuhar ditutup untuk mematikan
api;
Memanaskan minuman menggunakan gelombang
mikro boleh mengakibatkan pendidihan meluap
tertunda, oleh itu pastikan anda berhati-hati apabila
memegang bekas.
Kandungan botol makanan bayi dan balang
makanan bayi harus dikacau atau di goncang dan
suhunya diperiksa sebelum makanan dimakan, bagi
mengelakkan luka terbakar.
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus
dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro oleh
kerana ia boleh meletup, walaupun setelah pemanasan
gelombang mikro telah selesai.
Ketuhar harus dibersihkan dengan tetap dan sebarang
cebisan makanan ditanggalkan.
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan
yang bersih boleh mengakibatkan kerosakan pada
permukaannya yang boleh memendekkan hayat
peralatan ini dan mungkin mengakibatkan situasi
yang berbahaya.
Ketuhar gelombang mikro ini dimaksudkan untuk
digunakan di atas kaunter (bebas) sahaja, ketuhar
gelombang mikro ini tidak harus diletakkan di atas
kabinet.
Alat ini tidak sepatutnya dibersihkan dengan
pancutan air.
Alat ini tidak dimaksudkan untuk dipasang di dalam
kenderaan jalan raya, karavan, dan kenderaan-
kenderaan yang serupa dll.
Alat ini bukan untuk digunakan oleh orang-orang
(termasuk kanak-kanak) yang mempunyai keupayaan
fizikal, sensori atau mental yang kurang, atau
tidak berpengalaman dan berpengetahuan, kecuali
mereka telah diberikan penyeliaan atau arahan
tentang penggunaan alat ini oleh orang yang
bertanggungjawab bagi keselamatan mereka.
Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan mereka
tidak bermain dengan alat ini.
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 4
2019-09-10 2:34:24
Summary of Contents for MG23H3115G Series
Page 38: ...MEMO MEMO MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 38 2019 09 10 2 34 31 ...
Page 39: ...MEMO MEMO MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 39 2019 09 10 2 34 31 ...
Page 78: ...备忘录 备忘录 MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 38 2019 09 10 2 34 38 ...
Page 79: ...备忘录 备忘录 MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 39 2019 09 10 2 34 38 ...
Page 118: ...MEMO MEMO MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 38 2019 09 10 2 34 44 ...
Page 119: ...MEMO MEMO MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 39 2019 09 10 2 34 44 ...