Bahasa Melayu - 10
penyelenggaraan
PEMBERSIHAN
Bersihkan ketuhar dengan kerap untuk mengelakkan kotoran daripada
terkumpul pada atau di dalam ketuhar. Berikan juga perhatian khusus
pada pintu, pengadang pintu, dan pinggan putar serta gelang roda (model
berkenaan sahaja).
Jika pintu tidak terbuka dan tertutup dengan lancar, periksa dahulu jika
pengadang pintu telah mengumpulkan kotoran. Gunakan kain lembut dalam
air sabun untuk membersihkan kedua-dua bahagian dalam dan luar ketuhar.
Bilas dan keringkan.
Untuk membuang kotoran degil dengan bau busuk daripada
bahagian dalam ketuhar
1.
Dengan ketuhar yang kosong, letakkan secawan jus lemon yang dicairkan
di tengah pinggan putar.
2.
Panaskan ketuhar selama 10 minit pada kuasa maks.
3.
Apabila kitaran lengkap, tunggu sehingga ketuhar menyejuk. Kemudian,
buka pintu dan bersihkan ruang memasak.
Untuk membersihkan bahagian dalam
model pemanas-berputar
Untuk membersihkan kawasan atas ruang
memasak, rendahkan elemen pemanasan
atas sebanyak 45° seperti yang ditunjukkan.
Ini akan membantu membersihkan kawasan
atas. Apabila selesai, letakkan semula elemen
pemanasan atas.
AWAS
• Pastikan pintu dan pengadang pintu bersih dan pastikan pintu terbuka
dan tertutup dengan lancar. Jika tidak, kitar hidup ketuhar akan pendek.
• Ambil langkah berjaga-jaga untuk tidak menumpahkan air ke dalam
pengudaraan ketuhar.
• Jangan gunakan sebarang bahan kimia atau pelelas untuk pembersihan.
• Selepas setiap penggunaan ketuhar, gunakan bahan pencuci lembut
untuk membersihkan ruang memasak selepas menunggu ketuhar untuk
menyejuk.
MEMASANG KETUHAR GELOMBANG MIKRO ANDA
1.
Buang semua bahan pembungkusan dari
bahagian dalam ketuhar.
Pasang gelang pengguling dan pinggan
putar.
Periksa bagi memastikan pinggan putar
berputar dengan bebas.
2.
Ketuhar gelombang mikro ini harus diletakkan di tempat yang sesuai
supaya palamnya mudah dicapai.
Jika kord bekalan kuasa telah rosak, ia harus digantikan dengan kord
atau pemasangan khas yang boleh didapati daripada pembuat atau ejen
servisnya.
Untuk keselamatan peribadi anda, palamkan kabel ke dalam soket
terbumi AC 3 pin, 230 Volt, 50 Hz. Jika kabel kuasa alat ini rosak, ia
mesti digantikan dengan kabel khas.
Jangan pasang ketuhar gelombang mikro dalam persekitaran yang
panas atau lembap seperti di sebelah ketuhar tradisional atau penyinar.
Spesifikasi bekalan kuasa ketuhar mestilah dipatuhi dan sebarang kabel
sambungan yang digunakan mestilah menggunakan piawai yang sama
dengan kabel kuasa yang dibekalkan bersama ketuhar. Lap bahagian
dalam dan kedap pintu dengan kain yang lembap sebelum menggunakan
ketuhar gelombang mikro anda buat pertama kali.
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 10
2019-09-10 2:34:25
Summary of Contents for MG23H3115G Series
Page 38: ...MEMO MEMO MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 38 2019 09 10 2 34 31 ...
Page 39: ...MEMO MEMO MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 39 2019 09 10 2 34 31 ...
Page 78: ...备忘录 备忘录 MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 38 2019 09 10 2 34 38 ...
Page 79: ...备忘录 备忘录 MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 39 2019 09 10 2 34 38 ...
Page 118: ...MEMO MEMO MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 38 2019 09 10 2 34 44 ...
Page 119: ...MEMO MEMO MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 39 2019 09 10 2 34 44 ...