Bahasa Melayu - 7
01
ARAHAN
KESELAMA
TAN
Keselamatan umum
Sebarang pengubahsuaian atau pembaikan perlu dilakukan oleh kakitangan
berkelayakan sahaja.
Jangan panaskan makanan atau cecair yang dikedapkan dalam bekas untuk
fungsi gelombang mikro.
Jangan gunakan benzena, pencair, alkohol, pembersih wap atau pembersih
tekanan tinggi untuk membersihkan alat ini.
Jangan pasang ketuhar berdekatan dengan alat pemanas atau bahan mudah
terbakar; lokasi yang lembap, berminyak, berhabuk atau didedahkan kepada
cahaya matahari secara terus atau air; atau di mana gas mungkin bocor; atau
permukaan yang tidak rata.
Alat ini mesti dibumikan dengan betul menurut kod-kod tempatan dan
antarabangsa.
Gunakan kain kering secara kerap untuk menanggalkan bahan asing daripada
terminal palam kuasa dan sentuhan.
Jangan tarik atau terlalu bengkokkan atau letakkan objek berat atas kord
kuasa.
Jika terdapat kebocoran gas (propana, LP, dsb) alih udarakan dengan segera.
Jangan sentuh kord kuasa.
Jangan sentuh kord kuasa dengan tangan yang basah.
Semasa ketuhar beroperasi, jangan matikannya dengan menanggalkan kord
kuasa.
Jangan selitkan jari atau bahan asing. Jika bahan asing memasuki ketuhar,
tanggalkan kord kuasa dan hubungi pusat perkhidmatan Samsung tempatan.
Jangan kenakan tekanan atau hentaman berlebihan pada alat.
Jangan letak ketuhar di atas objek mudah pecah.
Pastikan voltan kuasa, frekuensi, dan arus sepadan dengan spesifikasi produk.
Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh. Jangan gunakan
penyesuai berbilang palam, kord pemanjang atau pengubah elektrik.
Jangan cangkukkan kord kuasa pada objek logam. Pastikan kord berada di
antara objek atau di belakang ketuhar.
Jangan gunakan palam kuasa yang rosak, kord kuasa yang rosak atau soket
dinding yang longgar. Untuk palam atau kord kuasa yang rosak, hubungi
pusat perkhidmatan Samsung tempatan.
Jangan tuang atau sembur air pada ketuhar.
Jangan letakkan objek di atas ketuhar, di dalam atau di pintu ketuhar.
Jangan semburkan bahan meruap seperti ubat serangga pada permukaan
ketuhar.
Jangan simpan bahan-bahan mudah terbakar di dalam ketuhar. Oleh kerana
wap alkohol boleh mengenai bahagian ketuhar yang panas, berhati-hati
apabila memanaskan makanan atau minuman yang mengandungi alkohol.
Kanak-kanak mungkin berlanggar atau jari mereka tersepit di pintu. Apabila
membuka/menutup pintu, pastikan kanak-kanak tidak ada yang berdekatan.
Amaran gelombang mikro
Memanaskan minuman menggunakan gelombang mikro mungkin
mengakibatkan pendidihan meluap tertunda, sentiasa berhati-hati apabila
memegang bekas. Biarkan minuman berada di dalam ketuhar sekurang-
kurangnya 20 saat sebelum mengendalikannya. Jika perlu, kacau semasa
dipanaskan. Sentiasa kacau selepas dipanaskan.
Sekiranya kulit anda melecur, ikut arahan Pertolongan Cemas berikut:
1.
Rendam bahagian yang melecur dalam air sejuk selama sekurang-
kurangnya 10 minit.
2.
Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
3.
Jangan sapu sebarang krim, minyak atau losen.
Untuk mengelakkan kerosakan pada dulang atau rak, jangan letak dulang atau
rak di dalam air sejurus selepas memasak.
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro untuk menggoreng dengan
minyak yang banyak kerana suhu minyak tidak boleh dikawal. Ini boleh
menyebabkan minyak yang panas itu mendidih secara mendadak.
Langkah berhati-hati ketuhar gelombang mikro
Hanya gunakan peralatan yang tahan gelombang mikro. Jangan gunakan
bekas logam, pinggan mangkuk dan pencucuk dengan hiasan emas atau
perak.
Tanggalkan ikatan pintalan wayar. Pengarkaan elektrik mungkin berlaku.
Jangan gunakan ketuhar untuk mengeringkan kertas atau kain.
Gunakan masa yang lebih singkat untuk makanan yang sedikit bagi
mengelakkan pemanasan berlebihan atau hangus.
Jauhkan kord kuasa dan palam kuasa daripada sumber air dan haba.
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 7
2019-09-10 2:34:24
Summary of Contents for MG23H3115G Series
Page 38: ...MEMO MEMO MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 38 2019 09 10 2 34 31 ...
Page 39: ...MEMO MEMO MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 39 2019 09 10 2 34 31 ...
Page 78: ...备忘录 备忘录 MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 38 2019 09 10 2 34 38 ...
Page 79: ...备忘录 备忘录 MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 39 2019 09 10 2 34 38 ...
Page 118: ...MEMO MEMO MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 38 2019 09 10 2 34 44 ...
Page 119: ...MEMO MEMO MG23H3115NK_SM_DE68 04486A 01_MS ZH EN indb 39 2019 09 10 2 34 44 ...