6
MALA
Y
MEMASANG KETUHAR GELOMBANG MIKRO ANDA
Letakkan ketuhar di atas permukaan rata setinggi
85 sm dari lantai. Permukaan mesti kukuh bagi
membolehkannya menampung berat ketuhar dengan
selamat.
1.
Apabila anda memasang ketuhar anda,
pastikan ada pengalihan udara yang
mencukupi dengan meninggalkan
sekurang-kurangnya 10 sm (4 inci)
ruang di belakang dan di tepi ketuhar,
manakala 20 sm (8 inci) di atasnya.
2.
Buang semua bahan pembungkusan dari bahagian
dalam ketuhar.
3.
Pasang gelang roda dan pinggan putar. Periksa bagi
memastikan bahawa pinggan putar berputar dengan
bebas. (Model jenis pinggan putar sahaja)
4.
Ketuhar gelombang mikro ini harus diletakkan di
tempat yang sesuai supaya palamnya mudah dicapai.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti oleh
pengilang, ejen perkhidmatannya atau orang-orang
yang sama berkelayakan bagi mengelakkan bahaya.
Bagi keselamatan diri, pasangkan kabel kepada
soket AC yang dibumikan dengan betul.
Jangan pasang ketuhar gelombang mikro dalam
persekitaran yang panas atau lembap seperti
di sebelah penyinar atau ketuhar tradisional.
Spesifikasi bekalan kuasa ketuhar mestilah dipatuhi
dan sebarang kabel sambungan yang digunakan
mestilah menggunakan piawai yang sama dengan
kabel kuasa yang dibekalkan bersama ketuhar.
Lap bahagian dalam dan pengadang pintu dengan
kain yang lembap sebelum menggunakan ketuhar
gelombang mikro anda buat pertama kali.
MEMBERSIHKAN KETUHAR GELOMBANG MIKRO ANDA
Bahagian-bahagian ketuhar gelombang mikro anda
yang berikut harus dibersihkan secara tetap untuk
mencegah minyak dan remah-remah makanan daripada
terkumpul:
• Permukaan dalam dan luar
• Pintu dan kedap pintu
• Pinggan Putar dan gelang Roda
(Model jenis pinggang putar sahaja)
SENTIASA
pastikan bahawa kedap pintu bersih dan
pintu tertutup dengan betul.
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan
yang bersih boleh mengakibatkan kerosakan pada
permukaannya yang boleh memendekkan hayat
peralatan ini dan mungkin mengakibatkan situasi
yang berbahaya.
10 sm
di
belakang
20 sm
di atas
10 sm
di tepi
85 sm
dari lantai
MC455THRCSR_SP_DE68-03349L_MA.indd 6
2013-01-30 �� 8:07:07