14
MALA
Y
6. Mangkuk Air Bersih,
lihat halaman 12.
Tujuan:
Mangkuk air boleh digunakan untuk
pembersihan.
7. Pengukus Pro/Pinggan kerak
perlu diletakkan di atas pinggan putar.
Tujuan:
Pengukus Pro boleh digunakan untuk mengukus masakan
berkerak. Pinggan kerak digunakan untuk memerangkan
makanan dengan lebih baik menggunakan mod
memasak kombinasi gelombang mikro atau gril dan untuk
mengekalkan kerangupan doh pastri dan piza.
Penutup keluli tahan karat
Dulang stim
Pinggan stim/Pinggan kerak
• Jangan gunakan Pengukus Pro ini dengan produk atau model
yang lain. Ia boleh mengakibatkan kebakaran atau kerosakan
teruk pada produk.
• Jangan gunakan Pengukus Pro ini tanpa air atau makanan
di dalamnya. Apabila anda menggunakan Pengukus Pro ini,
tuangkan sekurang-kurangnya 500 ml air sebelum digunakan.
Jika jumlah air kurang daripada 500 ml, ia boleh mengakibatkan
proses memasak tidak sempurna, atau boleh mengakibatkan
kebakaran atau kerosakan teruk kepada produk.
• Berhati-hati semasa mengeluarkan bekas dari dalam Pengukus
Pro selepas memasak, kerana ia sangat panas.
• Pastikan anda memasang penutup pada Pengukus Pro supaya
ia muat di dalam pinggan Stim. Telur atau buah berangan akan
meletup jika tidak meletakkan penutup stim dan pinggan stim
seperti diarahkan dalam buku Arahan.
MENETAPKAN MASA
Ketuhar gelombang mikro anda mempunyai jam terbina dalam. Apabila ada
bekalan elektrik, ":0", "88:88" atau "12:00" dipaparkan secara automatik
pada paparan.
Sila tetapkan masa. Masa boleh dipaparkan dalam notasi 24 jam atau 12
jam. Anda mestilah menetapkan jam:
• Apabila anda mula-mula memasang ketuhar gelombang mikro anda
• Selepas bekalan elektrik terputus
Jangan lupa untuk menetap semula jam apabila anda beralih dari waktu
musim panas kepada waktu musim sejuk dan sebaliknya.
Fungsi Jimat Tenaga Auto
Jika anda tidak memilih mana-mana fungsi ketika alat berada di tengah-
tengah tetapan atau beroperasi dengan keadaan berhenti sementara
waktu, fungsi dibatalkan dan jam akan dipaparkan selepas 25 min. Lampu
ketuhar akan dimatikan selepas 5 minit dengan keadaan pintu terbuka.
1.
Tekan butang
Clock (Jam)
.
2.
Putar
Multi Function Selector Dial (Dail Pemilih
Berbilang Fungsi)
untuk menetapkan jenis paparan
masa. (12H atau 24H)
3.
Tekan
Multi Function Selector Dial (Dail
Pemilih Berbilang Fungsi)
untuk melengkapkan
persediaan.
4.
Putar
Multi Function Selector Dial (Dail Pemilih
Berbilang Fungsi)
untuk menetapkan jam.
5.
Tekan
Multi Function Selector Dial (Dail Pemilih
Berbilang Fungsi)
.
AWAS
MC455THRCSR_SP_DE68-03349L_MA.indd 14
2013-01-30 �� 8:07:15