34
MALA
Y
Perkakas memasak
Selamat untuk
digunakan dengan
Gelombang Mikro
Komen
• Perkakas kaca halus
✓
Boleh digunakan untuk menghangatkan makanan
atau cecair. Kaca yang halus boleh pecah atau
retak jika dipanaskan secara tiba-tiba.
• Balang kaca
✓
Mesti tanggalkan tutupnya. Sesuai untuk
menghangatkan sahaja.
Logam
• Bekas
✗
Boleh menyebabkan pengarkaan atau kebakaran.
• Ikat pintal beg penyejuk
beku
✗
Kertas
• Pinggan, cawan, napkin
dan kertas dapur
✓
Untuk masa memasak yang singkat dan
menghangatkan. Juga untuk menyerap lembapan
yang berlebihan.
• Kertas kitar semula
✗
Boleh menyebabkan pengarkaan.
Plastik
• Bekas
✓
Terutamanya jika termoplastik tahan panas.
Sesetengah plastik lain boleh meleding atau
berubah warna pada suhu yang tinggi. Jangan
gunakan plastik Melamin.
• Plastik lekap
✓
Boleh digunakan untuk mengekalkan lembapan.
Tidak harus menyentuh makanan. Berhati-hati
apabila membuka plastik lekap kerana wap panas
akan keluar.
• Beg penyejuk beku
✓ ✗
Hanya jika ia boleh direbus atau kalis ketuhar.
Tidak harus kedap udara. Cucuk dengan garpu,
jika perlu.
Kertas lilin atau kertas
minyak
✓
Boleh digunakan untuk mengekalkan lembapan
dan mencegah percikan.
✓
: Disyorkan
✓✗
: Amaran penggunaan
✗
: Tidak Selamat
PANDUAN MEMASAK
GELOMBANG MIKRO
Tenaga gelombang mikro sebenarnya menembusi makanan, tertarik
kepada dan diserap oleh kandungan air, lemak dan gulanya.
Gelombang mikro menyebabkan molekul-molekul di dalam makanan
bergerak dengan pantas. Pergerakan molekul yang pantas ini menimbulkan
geseran dan haba yang dihasilkan memasak makanan.
MEMASAK
Perkakas memasak untuk proses memasak gelombang mikro:
Perkakas memasak mestilah membolehkan tenaga gelombang mikro
menembusinya untuk kecekapan maksimum. Gelombang mikro
dipantulkan oleh logam, seperti keluli tahan karat, aluminium dan tembaga,
tetapi ia boleh menembusi seramik, kaca, tembikar dan plastik serta kertas
dan kayu. Jadi makanan tidak boleh dimasak di dalam bekas logam.
Makanan yang sesuai untuk proses memasak gelombang mikro:
Banyak jenis makanan sesuai untuk proses memasak gelombang mikro,
termasuk sayur-sayuran segar dan sejuk beku, buah-buahan, pasta, beras,
biji-bijian, kacang, ikan dan daging. Sos, kastard, sup, puding kukus,
jeruk, dan cutni boleh juga dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro.
Umumnya, proses memasak gelombang mikro adalah ideal bagi sebarang
makanan yang biasanya dimasak di atas dapur. Mencairkan mentega atau
coklat, contohnya (lihat bab dengan petua dan tip-tip khas).
Menutup semasa memasak
Menutup makanan semasa memasak adalah sangat penting, kerana air
yang menyejat naik sebagai wap dan menolong proses memasak. Makanan
boleh ditutup dengan berlainan cara: contohnya dengan pinggan seramik,
penutup plastik atau plastik lekap yang sesuai untuk gelombang mikro.
Masa Biar
Selepas proses memasak selesai, masa biar untuk makanan adalah penting
untuk membolehkan suhu menjadi seimbang di dalam makanan.
MC455THRCSR_SP_DE68-03349L_MA.indd 34
2013-01-30 �� 8:07:25