29
MALA
Y
Arahan masakan sensor automatik
Sensor Automatik membolehkan anda memasak makanan anda secara
automatik dengan mengesan jumlah gas yang dijana oleh makanan semasa
memasak.
•
Apabila memasak makanan, banyak jenis gas yang terjana. Sensor Auto
menentukan masa dan aras kuasa yang betul dengan mengesan gas ini
dari makanan, jadi ia menyingkirkan keperluan untuk menetapkan masa
memasak dan aras kuasa.
• Apabila anda menutup bekas dengan penutupnya atau pembalut plastik
semasa proses Sensor Masakan, Sensor Automatik akan mengesan
gas yang terjana selepas bekas ditepu dengan wap.
• Sejurus selepas proses memasak tamat, masa memasak yang tinggal
akan memulakan kiraannya. Ini merupakan masa yang baik bagi anda
untuk memusingkan atau mengacau makanan untuk pemasakan yang
rata jika perlu.
• Sebelum sensor masakan automatik, makanan boleh diperisakan
dengan herba, rempah atau sos pemerang. Sila ambil perhatian bahawa
garam atau gula boleh menyebabkan titik terbakar pada makanan jadi
bahan ini harus ditambahkan selepas memasak.
• Pad fungsi Kurang/Lebih digunakan untuk menambah atau
mengurangkan masa memasak. Anda harus menggunakan fungsi ini
untuk menetapkan tahap masak yang sesuai dengan cita rasa peribadi
anda. Perkakas & Penutup Bagi Sensor Masakan.
• Untuk mendapatkan hasil memasak yang baik dengan fungsi ini, ikut
arahan bagi memilih bekas dan penutup yang sesuai dalam carta dalam
buku ini.
• Sentiasa gunakan bekas selamat gelombang mikro dan tutupnya
menggunakan penutupnya atau pembalut plastik. Apabila menggunakan
pembalut plastik, lipat ke belakang satu sudut bagi membolehkan wap
keluar pada kadar yang betul.
• Sentiasa tutup dengan penutup khas bagi perkakas yang sedang
digunakan. Jika perkakas tidak mempunyai penutupnya sendiri,
gunakan pembalut plastik.
• Isi bekas sekurang-kurangnya separuh penuh.
• Makanan yang perlu dikacau atau dipusingkan harus dikacau atau
dipusingkan di penghujung kitaran proses Sensor Masakan, selepas
masa memulakan kiraan pada paparan.
Perkakas & Penutup bagi masakan sensor
•
Untuk mendapatkan hasil memasak yang baik dengan fungsi ini, ikut
arahan bagi memilih bekas dan penutup yang sesuai dalam carta dalam
buku ini.
•
Sentiasa gunakan bekas selamat gelombang mikro dan tutupnya
menggunakan penutupnya atau pembalut plastik. Apabila menggunakan
pembalut plastik, lipat ke belakang satu sudut bagi membolehkan wap
keluar pada kadar yang betul.
•
Sentiasa tutup dengan penutup khas bagi perkakas yang sedang
digunakan. Jika perkakas tidak mempunyai penutupnya sendiri,
gunakan pembalut plastik.
•
Isi bekas sekurang-kurangnya separuh penuh.
•
Makanan yang perlu dikacau atau dipusingkan harus dikacau atau
dipusingkan di penghujung kitaran proses Penderia Masak, selepas
masa memulakan kiraan pada paparan.
Penting
•
Selepas memasang ketuhar dan memasang palam ke alur keluar
elektrik, jangan cabut palam kord kuasa. Penderia gas memerlukan
masa untuk menjadi stabil supaya ia berfungsi sebaiknya.
•
Anda tidak disyorkan menggunakan ciri auto penderia masak semasa
operasi memasak berterusan, misalnya operasi memasak diikuti segera
dengan satu lagi.
•
Pasang ketuhar di tempat yang mempunyai pengalihudaraan yang
baik bagi penyejukan dan aliran udara yang betul dan bagi memastikan
penderia beroperasi dengan tepat.
•
Untuk mengelakkan hasil yang kurang baik, jangan gunakan Auto
penderia apabila suhu persekitaran bilik terlalu tinggi atau terlalu rendah.
•
Jangan gunakan sabun pencuci yang meruap untuk membersihkan
ketuhar anda. Gas yang terhasil daripada sabun pencuci ini boleh
menjejaskan penderia.
•
Elakkan daripada meletakkan ketuhar berdekatan dengan alat-
alat lembapan tinggi atau yang mengeluarkan gas, kerana ini akan
mengganggu prestasi Auto Penderia yang betul.
•
Sentiasa pastikan bahagian dalam ketuhar bersih. Lap tumpahan dengan
kain lembap. Ketuhar ini direka untuk kegunaan di rumah sahaja.
MC455THRCSR_SP_DE68-03349L_MA.indd 29
2013-01-30 �� 8:07:23