31
MALA
Y
MEMBERSIHKAN KETUHAR GELOMBANG MIKRO ANDA
Bahagian-bahagian ketuhar gelombang mikro anda yang berikut harus
dibersihkan secara tetap untuk mencegah minyak dan remah-remah
makanan daripada terkumpul:
• Permukaan dalam dan luar
• Pintu dan kedap pintu
• Pinggan putar dan Gelang roda
SENTIASA
pastikan bahawa kedap pintu bersih dan pintu tertutup dengan
betul.
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang bersih boleh
mengakibatkan kerosakan pada permukaannya yang boleh merosakkan
peralatan ini dan mungkin mengakibatkan situasi yang berbahaya.
1.
Bersihkan permukaan luar dengan kain lembut dan air suam yang bersabun.
Bilas dan keringkan.
2.
Bersihkan sebarang percikan atau kotoran pada permukaan dalam atau pada
gelang roda dengan kain bersabun. Bilas dan keringkan.
3.
Untuk melonggarkan remah-remah makanan yang telah keras dan
menghilangkan bau, letakkan secawan jus lemon yang dicampurkan dengan
air di atas pinggan putar dan panaskan selama sepuluh minit pada kuasa
maksimum.
4.
Basuh pinggan yang selamat digunakan di dalam mesin basuh pinggan
mangkuk apabila perlu.
JANGAN
tumpahkan air ke dalam lubang pengalihudaraan.
JANGAN
SEKALI-KALI
menggunakan sebarang produk yang melelaskan atau pelarut
kimia. Berhati-hati terutamanya apabila membersihkan kedap pintu bagi
memastikan tiada serpihan yang:
• Terkumpul
• Mencegah pintu daripada tertutup dengan betul.
Bersihkan
rongga ketuhar gelombang mikro sebaik sahaja selepas setiap kali
digunakan dengan larutan bahan cuci yang tidak begitu kuat, tetapi biarkan
ketuhar gelombang mikro sejuk dahulu sebelum membersihkannya untuk
mengelakkan kecederaan.
Apabila membersihkan bahagian atas di dalam rongga, lebih
mudah jika pemanas ditolak sebanyak 45 ° ke bawah dan
bersihkannya.
MENYIMPAN DAN MEMBAIKI KETUHAR GELOMBANG
MIKRO ANDA
Beberapa langkah berjaga-jaga yang mudah harus diambil apabila
menyimpan atau membaiki ketuhar gelombang mikro anda.
Ketuhar tidak boleh digunakan jika pintu atau kedap pintunya rosak:
• Engsel pecah
• Kedap semakin merosot prestasinya
• Bingkai ketuhar herot atau bengkok
Hanya juruteknik servis gelombang mikro yang berkelayakan sahaja yang
boleh melakukan pembaikan.
JANGAN SEKALI-KALI
menanggalkan bingkai luar dari ketuhar. Jika
ketuhar rosak dan perlu dibaiki atau anda berasa ragu-ragu tentang
keadaannya:
• Cabut palamnya dari soket dinding
• Hubungi pusat perkhidmatan selepas jualan yang terdekat
Jika anda ingin menyimpan ketuhar anda buat sementara waktu,
pilihlah tempat yang kering dan tidak berhabuk.
Sebabnya :
Habuk dan keadaan yang lembap boleh merosakkan
bahagian-bahagian yang berfungsi di dalam ketuhar.
Ketuhar gelombang mikro ini bukan untuk kegunaan komersil.
GS109F-SH_XSM_MA.indd 31
2011-08-16 �� 6:05:42