15
MALA
Y
SETING SENSOR MASAKAN
Jadual berikut menunjukkan 8 Program Sensor Masakan. Ia mengandungi
julat berat yang dicadangkan bagi setiap item, masa biar selepas memasak
dan cadangan-cadangan yang sesuai. Selepas anda memulakan program,
masa memasak dan aras kuasa dikira secara automatik. Proses memasak
dikawal oleh sistem sensor untuk kemudahan anda.
Gunakan sarung tangan ketuhar semasa mengeluarkan!
Kod/Makanan
Saiz
hidangan
Masa biar
(min.)
Cadangan
1. Brokoli floret
200-500 g
1-2
Basuh dan bersihkan brokoli dan
sediakan floret.
Letakkan ia dengan rata di dalam
mangkuk kaca yang bertutup.
Tambahkan 30-45 ml air (2-3 sudu
besar).
Letakkan mangkuk di tengah-tengah
pinggan putar. Masak bertutup.
Kacau selepas memasak.
2. Lobak merah
yang dihiris
200-500 g
1-2
Basuh dan bersihkan lobak merah
dan potong hirisan bulat sama rata.
Letakkan ia di dalam mangkuk kaca
yang bertutup.
Tambahkan 30-45 ml air (2-3 sudu
besar).
Letakkan mangkuk di tengah-tengah
pinggan putar. Masak bertutup.
Kacau selepas memasak.
3. Kentang yang
Dikupas
200-800 g
2-3
Basuh dan kupas kentang dan
potong kepada saiz yang serupa.
Letakkan ia di dalam mangkuk kaca
yang bertutup. Tambahkan 45-60
ml air (3-4 sudu besar). Letakkan
mangkuk di tengah-tengah pinggan
putar.
Masak bertutup.
Kod/Makanan
Saiz
hidangan
Masa biar
(min.)
Cadangan
4. Kentang jaket
200-800 g
3-5
Basuh dan bersihkan kentang dan
cucuk dengan garfu.
Letakkan kentang, (setiap satunya
kira-kira 200 g) di dalam bulatan atas
pinggan putar.
5. Minuman
(kopi,
susu, teh, air
pada suhu bilik)
150-250 g
(1 cawan
atau 1
koleh)
1-2
Tuang cecair ke dalam cawan atau
koleh seramik dan panaskan semula
tanpa ditutup. Letakkan di tengah-
tengah pinggan putar.
Biarkan ia pegun di dalam ketuhar
gelombang mikro.
Kacau minuman sebelum dan
selepas masa biar.
Berhati-hati semasa mengeluarkan
cawan-cawan (lihat arahan
keselamatan untuk cecair).
6. Sup/Sos
(dingin)
250-500 g
2-3
Tuangkan ke dalam pinggan atau
mangkuk seramik dalam dan tutup
dengan penutup plastik semasa
pemanasan.
Letakkan sup di tengah-tengah
pinggan putar.
Kacau dengan berhati-hati sebelum
dan selepas masa biar.
7. Sup sejuk beku
(-18 °C)
250-500 g
2-3
Cucuk plastik sup sejuk beku dan
letakkan di tengah-tengah pinggan
putar.
Letakkan sup di tengah-tengah
pinggan putar.
Kacau dengan berhati-hati sebelum
dan selepas masa biar.
8. Hidangan sedia
sejuk beku
(-18 °C)
300-500 g
3-4
Cucuk plastik hidangan siap sedia
sejuk beku.
Letakkan di tengah-tengah pinggan
putar.
Program ini sesuai untuk hidangan
yang terdiri daripada 2 komponen
(spt. daging dengan sos dan nasi).
GS109F-SH_XSM_MA.indd 15
2011-08-16 �� 6:05:39