13
MALA
Y
SETING MEMANAS SEMULA/MEMASAK AUTOMATIK
Jadual yang berikut menunjukkan 4 Program Memanas Semula/ Memasak
Automatik, kuantiti, masa biar (standing times) dan cadangan yang sesuai.
Program no 1 dan 2 berjalan dengan tenaga gelombang mikro sahaja.
Program no 3 dan 4 berjalan dengan kombinasi gelombang mikro dan gril.
Gunakan sarung tangan ketuhar semasa mengeluarkan!
Kod/Makanan
Bahagian
Masa biar
(min.)
Cadangan
1. Hidangan
Sedia
(Dingin)
300-350 g
400-450 g
500-550 g
3
Letakkan di atas pinggan seramik
dan tutup dengan plastik lekap
gelombang mikro. Program ini sesuai
untuk hidangan yang terdiri daripada 3
komponen (contohnya daging dengan
sos, sayur dan hidangan sampingan
seperti kentang, nasi atau pasta).
2. Bertih Jagung
100-150 g
-
Gunakan produk bertih jagung khas
untuk menyiapkan di dalam ketuhar
gelombang mikro. Ikut arahan-arahan
pengilang makanan dan letakkan
beg di tengah-tengah pinggan putar.
Semasa program ini jagung akan
meletup dan beg itu akan menjadi lebih
besar. Hati-hati apabila mengeluarkan
dan membuka beg yang panas.
3. Kepingan
Ayam
200-300 g
(1 kpg)
400-500 g
(2 kpg)
600-700 g
(3 kpg)
800-900 g
(3-4 kpg)
2-3
Sapukan kepingan ayam dengan
minyak dan rempahkan dengan
lada, garam dan paprika. Letakkan ia
dalam satu bulatan di atas rak dengan
bahagian kulit di bawah.
Balikkan, sebaik sahaja bunyi bip
kedengaran.
4. Rol Roti Sejuk
Beku
100-150 g
(2 kpg)
200-250 g
(4 kpg)
300-350 g
(6 kpg)
3-5
Letakkan 2 hingga 6 keping rol roti
sejuk beku (-18 °C) dalam satu bulatan
di atas rak rendah. Letakkan 8 keping
rol roti sejuk beku sama rata di atas rak
rendah dan tinggi. Program ini sesuai
untuk produk-produk kilang roti sejuk
beku yang kecil seperti rol roti dan
baget kecil.
MENGGUNAKAN CIRI MENCAIR BEKU KUASA
AUTOMATIK
Ciri Mencair Beku Cepat Automatik membolehkan anda mencairbekukan
daging, ayam itik, ikan dan roti/kek. Masa mencair beku dan aras kuasa
dilaraskan secara automatik.
Anda hanya pilih program dan berat makanan.
Gunakan hanya bekas yang selamat digunakan dengan gelombang
mikro.
Mula-mula, letakkan makanan sejuk beku di tengah-tengah pinggan putar
dan tutup pintu ketuhar.
1.
Pilih jenis makanan yang ingin anda masak dengan
menekan butang
Mencair Beku Kuasa
( ) sekali
atau beberapa kali. (Rujuk kepada jadual di sisi).
2.
Pilih berat makanan tersebut dengan menekan
butang ( ) dan ( ).
Ia boleh ditetapkan sehingga berat maksimum
2000 g. (Roti/Kek boleh ditetapkan sehingga berat
maksimum 1000 g.)
3.
Tekan butang .
Hasil :
• Proses mencair beku bermula.
• Ketuhar berbunyi bip separuh jalan
semasa mencair beku untuk mengingatkan anda supaya
membalikkan makanan itu.
• Tekan butang sekali lagi untuk menghabiskan proses
mencair beku.
Anda juga boleh mencairbekukan makanan secara manual. Untuk
melakukan demikian, pilih fungsi memasak/memanas semula
gelombang mikro dengan aras kuasa 180 W. Rujuk kepada bahagian
yang bertajuk "Memasak/Memanas semula di halaman 10 untuk butiran
lanjut.
GS109F-SH_XSM_MA.indd 13
2011-08-16 �� 6:05:38