16
MALA
Y
Arahan Sensor Masakan Automatik
Sensor Automatik membolehkan anda memasak makanan anda secara
automatik dengan mengesan jumlah gas yang dijana oleh makanan semasa
memasak.
•
Apabila memasak makanan, banyak jenis gas yang terjana. Sensor
Auto menentukan masa dan aras kuasa yang betul dengan mengesan
gas ini dari makanan, jadi ia menyingkirkan keperluan untuk
menetapkan masa memasak dan aras kuasa.
• Apabila anda menutup bekas dengan penutupnya atau pembalut
plastik semasa proses Sensor Masakan, Sensor Automatik akan
mengesan gas yang terjana selepas bekas ditepu dengan wap.
• Sejurus selepas proses memasak tamat, masa memasak yang tinggal
akan memulakan kiraannya. Ini merupakan masa yang baik bagi anda
untuk memusingkan atau mengacau makanan untuk pemasakan yang
rata jika perlu.
• Sebelum sensor masakan automatik, makanan boleh diperisakan
dengan herba, rempah atau sos pemerang. Sila ambil perhatian
bahawa garam atau gula boleh menyebabkan titik terbakar pada
makanan jadi bahan ini harus ditambahkan selepas memasak.
• Pad fungsi Kurang/Lebih digunakan untuk menambah atau
mengurangkan masa memasak. Anda harus menggunakan fungsi ini
untuk menetapkan tahap masak yang sesuai dengan cita rasa peribadi
anda. Perkakas & Penutup Bagi Sensor Masakan.
• Untuk mendapatkan hasil memasak yang baik dengan fungsi ini, ikut
arahan bagi memilih bekas dan penutup yang sesuai dalam carta dalam
buku ini.
• Sentiasa gunakan bekas selamat gelombang mikro dan tutupnya
menggunakan penutupnya atau pembalut plastik. Apabila
menggunakan pembalut plastik, lipat ke belakang satu sudut bagi
membolehkan wap keluar pada kadar yang betul.
• Sentiasa tutup dengan penutup khas bagi perkakas yang sedang
digunakan. Jika perkakas tidak mempunyai penutupnya sendiri,
gunakan pembalut plastik.
• Isi bekas sekurang-kurangnya separuh penuh.
• Makanan yang perlu dikacau atau dipusingkan harus dikacau atau
dipusingkan di penghujung kitaran proses Sensor Masakan, selepas
masa memulakan kiraan pada paparan.
Perkakas & Penutup Bagi Masakan Penderia
•
Untuk mendapatkan hasil memasak yang baik dengan fungsi ini, ikut arahan
bagi memilih bekas dan penutup yang sesuai dalam carta dalam buku ini.
•
Sentiasa gunakan bekas selamat gelombang mikro dan tutupnya menggunakan
penutupnya atau pembalut plastik. Apabila menggunakan pembalut plastik,
lipat ke belakang satu sudut bagi membolehkan wap keluar pada kadar yang
betul.
•
Sentiasa tutup dengan penutup khas bagi perkakas yang sedang digunakan.
Jika perkakas tidak mempunyai penutupnya sendiri, gunakan pembalut plastik.
•
Isi bekas sekurang-kurangnya separuh penuh.
•
Makanan yang perlu dikacau atau dipusingkan harus dikacau atau dipusingkan
di penghujung kitaran proses Penderia Masak, selepas masa memulakan kiraan
pada paparan.
Penting
•
Selepas memasang ketuhar dan memasang palam ke alur keluar elektrik,
jangan cabut palam kord kuasa. Penderia gas memerlukan masa untuk menjadi
stabil supaya ia berfungsi sebaiknya.
•
Anda tidak disyorkan menggunakan ciri auto penderia masak semasa operasi
memasak berterusan, misalnya operasi memasak diikuti segera dengan satu
lagi.
•
Pasang ketuhar di tempat yang mempunyai pengalihudaraan yang baik
bagi penyejukan dan aliran udara yang betul dan bagi memastikan penderia
beroperasi dengan tepat.
•
Untuk mengelakkan hasil yang kurang baik, jangan gunakan Auto penderia
apabila suhu persekitaran bilik terlalu tinggi atau terlalu rendah.
•
Jangan gunakan sabun pencuci yang meruap untuk membersihkan ketuhar
anda. Gas yang terhasil daripada sabun pencuci ini boleh menjejaskan
penderia.
•
Elakkan daripada meletakkan ketuhar berdekatan dengan alat-alat lembapan
tinggi atau yang mengeluarkan gas, kerana ini akan mengganggu prestasi Auto
Penderia yang betul.
•
Sentiasa pastikan bahagian dalam ketuhar bersih. Lap tumpahan dengan kain
lembap.
Ketuhar ini direka untuk kegunaan di rumah sahaja.
GS109F-SH_XSM_MA.indd 16
2011-08-16 �� 6:05:39