8
MALA
Y
Ketuhar gelombang mikro ini harus diletakkan di tempat yang
sesuai supaya palamnya mudah dicapai. Jika ketuhar ini
mengeluarkan bunyi bising, bau terbakar atau mengeluarkan
asap, cabut palam kuasa dengan segera dan hubungi pusat
perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
Semasa keadaan pembersihan permukaan-permukaan alat ini
mungkin menjadi lebih panas daripada biasa dan kanak-kanak
harus dijauhkan dari alat ini. (Model fungsi pembersihan sahaja)
Tumpahan berlebihan mesti dihilangkan sebelum pembersihan
dan perkakas yang dinyatakan dalam manual pembersihan
boleh ditinggalkan di dalam ketuhar semasa pembersihan.
(Model fungsi pembersihan sahaja)
Alat harus membenarkan pemotongan alat dari bekalan selepas
pemasangan. Pemotongan boleh dicapai dengan palam yang
boleh diakses atau dengan menggabungkan satu suis dalam
pendawaian tetap mengikut peraturan pendawaian. (Model
terbina dalam sahaja)
AWAS
Hanya gunakan perkakas yang sesuai untuk digunakan di
dalam ketuhar gelombang mikro; JANGAN gunakan sebarang
bekas logam, Pinggan mangkuk makan malam dengan
kemasan emas atau perak, Pencucuk, garpu, dll.
Tanggalkan ikatan pintal dawai dari beg kertas atau plastik.
Sebabnya : Pengarkaan atau pencucuhan elektrik boleh berlaku
dan boleh merosakkan ketuhar.
Apabila memanaskan makanan dalam bekas plastik atau
kertas, perhatikan ketuhar untuk mengesan kemungkinan
pencetusan bunga api.
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro untuk
mengeringkan kertas atau kain.
Gunakan masa yang lebih singkat untuk makanan yang sedikit
bagi mengelakkan pemanasan berlebihan dan menghanguskan
makanan.
Jika asap kelihatan, matikan atau cabut palam alat dan
pastikan pintu ketuhar ditutup untuk mematikan api;
Ketuhar harus dibersihkan dengan tetap dan sebarang cebisan
makanan ditanggalkan;
Jangan rendam kabel kuasa atau palam kuasa di dalam air dan
jauhkan kabel kuasa dari haba.
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus dipanaskan di
dalam ketuhar gelombang mikro oleh kerana ia boleh meletup,
walaupun setelah pemanasan gelombang mikro selesai; Selain
itu, jangan panaskan botol kedap udara atau dikedap vakum,
balang, bekas, kacang dalam kulit, tomato, dll.
Jangan tutup lubang-lubang alur pengalihan udara dengan
kain atau kertas. Ia boleh terbakar semasa udara panas keluar
dari ketuhar. Ketuhar juga boleh menjadi terlalu panas dan
dimatikan secara automatik, dan akan kekal dimatikan sehingga
ia telah sejuk secukupnya.
Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila mengeluarkan
bekas dari ketuhar untuk mengelakkan luka terbakar yang tidak
disengajakan.
Jangan sentuh elemen-elemen pemanas atau dinding dalaman
ketuhar sehingga ketuhar telah sejuk.
Kacau cecair separuh masa semasa memanas atau selepas
pemanasan tamat dan biarkan cecair sekurang-sekurangnya
20 saat selepas pemanasan untuk mencegah didihan yang
membuak-buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila membuka
pintunya untuk mengelakkan melecur disebabkan udara atau
wap panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar gelombang mikro semasa ia
kosong. Ketuhar gelombang mikro akan dimatikan secara
automatik selama 30 minit untuk tujuan keselamatan. Kami
menyarankan meletakkan segelas air di dalam ketuhar
sepanjang masa untuk menyerap gelombang mikro jika ketuhar
gelombang mikro dihidupkan secara tidak sengaja.
Jangan gunakan pembersih kasar yang kuat atau pengerik
logam yang tajam untuk membersihkan kaca pintu ketuhar
kerana ia boleh mencalarkan permukaannya, yang boleh
mengakibatkan kaca itu pecah.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan yang dinyatakan di
dalam manual ini. (Lihat Memasang ketuhar gelombang mikro
Anda)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain pada
soket berhampiran ketuhar.
GS109F-SH_XSM_MA.indd 8
2011-08-16 �� 6:05:36