10
MALA
Y
APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANDA BERASA RAGU-
RAGU ATAU MENGHADAPI MASALAH
Jika anda menghadapi sebarang masalah yang disenaraikan di bawah cuba
penyelesaian yang diberikan.
Ini adalah perkara biasa.
•
Pemeluwapan di dalam ketuhar
• Aliran udara di sekeliling pintu dan bingkai luar
• Pantulan cahaya di sekeliling pintu dan bingkai luar
• Wap keluar dari sekeliling pintu atau bolong-bolong
Ketuhar tidak bermula apabila anda menekan butang .
•
Adakah pintunya tertutup rapat?
Makanan tidak masak langsung
•
Sudahkah anda melaras pemasa dengan betul dan/atau menekan butang ?
• Adakah pintunya tertutup?
• Adakah litar elektrik anda mempunyai beban yang berlebihan yang menyebabkan
fius terbakar atau menyebabkan alat pemutus terpasang?
Makanan sama ada terlampau masak atau kurang masak
•
Adakah jangka masa memasak yang sesuai dilaraskan untuk jenis makanan itu?
• Adakah aras kuasa yang sesuai dipilih?
Percikan bunga api dan bunyi meletup-letup berlaku di dalam ketuhar
(pengarkaan)
•
Adakah anda menggunakan bekas yang mempunyai perapi logam?
• Adakah anda tertinggal garpu atau perkakas logam yang lain di dalam ketuhar?
• Adakah kerajang aluminium terlalu hampir dengan dinding bahagian dalam?
Ketuhar menyebabkan gangguan pada radio dan televisyen
•
Sedikit gangguan mungkin berlaku pada televisyen atau radio apabila ketuhar
sedang beroperasi. Ini adalah perkara biasa. Untuk menyelesaikan masalah ini,
pasang ketuhar jauh dari televisyen, radio dan aerial.
•
Jika gangguan dikesan oleh mikropemproses ketuhar, paparan boleh ditetapkan
semula. Untuk menyelesaikan masalah ini, cabut palam kuasa dan pasang ia
semula. Tetapkan semula masa.
Jika garis panduan yang di atas tidak dapat menyelesaikan masalah anda, hubungi
wakil penjual tempatan anda atau perkhidmatan selepas jualan SAMSUNG.
MEMASAK/MEMANAS SEMULA
Prosedur berikut menerangkan cara memasak atau memanaskan semula
makanan.
SENTIASA periksa tetapan memasak anda sebelum meninggalkan ketuhar
tanpa dijaga.
Mula-mula, letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar. Kemudian,
tutup pintunya.
1.
Tekan butang
.
Hasil :
Petunjuk 900 W (kuasa memasak
maksimum) dipaparkan:
Pilih aras kuasa yang sesuai dengan
menekan butang
semula sehingga watt berpadanan
dipaparkan. Rujuk kepada jadual aras kuasa.
2.
Laraskan masa memasak dengan menekan butang
( ) dan ( ) seperlunya.
3.
Tekan butang .
Hasil :
Lampu ketuhar menyala dan pinggan
putar mula berputar.
1) Proses memasak bermula dan
apabila ia selesai ketuhar berbunyi bip empat kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan berbunyi bip 3 kali (sekali
setiap minit).
3) Masa semasa dipaparkan semula.
Jangan
sekali-kali hidupkan ketuhar gelombang mikro semasa ia
kosong.
Jika anda mahu memanaskan satu hidangan untuk jangka masa yang
singkat pada kuasa maksimum (900 W), tekan sahaja butang
+30s
sekali untuk setiap 30 saat masa memasak. Ketuhar akan bermula
dengan serta-merta.
GS109F-SH_XSM_MA.indd 10
2011-08-16 �� 6:05:36