B. Melayu - 8
bahan cuci yang tidak begitu kuat, tetapi biarkan
ketuhar gelombang mikro sejuk dahulu sebelum
membersihkannya untuk mengelakkan kecederaan.
Apabila membersihkan bahagian atas di
dalam rongga, lebih mudah jika pemanas
ditolak sebanyak 45 ° ke bawah dan
bersihkannya.
(Model pemanas berubah-ubah sahaja)
MENYIMPAN DAN MEMBAIKI KETUHAR
GELOMBANG MIKRO ANDA
Beberapa langkah berjaga-jaga yang mudah harus
diambil apabila menyimpan atau membaiki ketuhar
gelombang mikro anda.
Ketuhar tidak boleh digunakan jika pintu atau kedap
pintunya rosak:
• Engsel pecah
• Kedap semakin merosot prestasinya
• Bingkai ketuhar herot atau bengkok
Hanya juruteknik servis gelombang mikro yang
berkelayakan sahaja yang boleh melakukan pembaikan
JANGAN SEKALI-KALI
menanggalkan bingkai luar
dari ketuhar. Jika ketuhar rosak dan perlu dibaiki
atau anda berasa ragu-ragu tentang keadaannya:
• Cabut palamnya dari soket dinding
• Hubungi pusat perkhidmatan selepas jualan yang
terdekat
Jika anda ingin menyimpan ketuhar anda buat
sementara waktu, pilihlah tempat yang kering dan
tidak berhabuk.
Sebabnya :
Habuk dan keadaan yang lembap boleh
merosakkan bahagian-bahagian yang berfungsi di
dalam ketuhar.
Ketuhar gelombang mikro ini bukan untuk kegunaan
komersil.
Mentol tidak sepatutnya digantikan sendiri di atas
sebab-sebab keselamatan. Sila hubungi khidmat
pelanggan Samsung berdekatan yang dibenarkan
untuk menguruskan jurutera berkelayakan bagi
menggantikan mentol.
AMARAN
Hanya kakitangan berkelayakan patut dibenarkan untuk
mengubahsuai atau memperbaiki alat.
Jangan panaskan cecair atau makanan lain dalam bekas
yang dikedap menggunakan fungsi gelombang mikro.
Untuk keselamatan anda, jangan gunakan pembersih air
tekanan tinggi atau pembersih jet wap.
Jangan pasang alat ini; berdekatan pemanas, bahan
mudah terbakar, di lokasi yang lembap, berminyak dan
berhabuk, di lokasi yang terdedah kepada sinaran cahaya
matahari dan air atau di mana kebocoran gas boleh
berlaku; atau tapak yang tidak rata.
MC32F606TCT_SP_DE68-04174K-01_MA.indd 8
2013-12-16 �� 9:08:16