B. Melayu - 38
penyelesaian masalah dan kod ralat
PENYELESAIAN MASALAH
Membiasakan diri dengan sesuatu alat baru selalunya agak mengambil
masa. Jika anda menghadapi sebarang masalah yang disenaraikan di
bawah, cuba penyelesaian yang diberikan. Ia mungkin menjimatkan masa
dan tidak menyukarkan anda berbanding jika anda membuat panggilan
servis yang tidak perlu.
Berikut adalah perkara yang biasa berlaku:
•
Pemeluwapan di dalam ketuhar
• Aliran udara di sekeliling pintu dan bingkai luar
• Pantulan cahaya di sekeliling pintu dan bingkai luar
• Wap keluar dari sekeliling pintu atau bolong-bolong
Makanan tidak masak langsung
•
Sudahkah anda melaras pemasa dengan betul dan menekan butang
Start/+30s (Mula/+30s)
(
)?
• Adakah pintunya tertutup?
• Adakah litar elektrik anda mempunyai beban yang berlebihan yang
menyebabkan fius terbakar atau menyebabkan alat pemutus terpasang.
Makanan sama ada terlampau masak atau kurang masak
•
Adakah jangka masa memasak yang sesuai dilaraskan untuk jenis
makanan itu?
• Adakah aras kuasa yang sesuai dipilih?
Ketuhar menyebabkan gangguan pada radio dan televisyen
•
Sedikit gangguan mungkin berlaku pada televisyen atau radio apabila
ketuhar sedang beroperasi. Ini adalah perkara biasa.
•
Penyelesaian: pasang ketuhar jauh dari televisyen, radio dan aerial.
•
Jika gangguan dikesan oleh mikropemproses ketuhar, paparan boleh
ditetapkan semula.
•
Penyelesaian: Cabut palam kuasa dan sambungkan ia semula.
Tetapkan semula masa.
Mentol lampu tidak menyala.
•
Mentol lampu tidak boleh digantikan sendiri demi keselamatan anda. Sila
hubungi wakil penjagaan pelanggan Samsung sah yang berhampiran,
bagi meminta jurutera berkelayakan agar menggantikan mentol tersebut.
PETUA KHAS
MENCAIRKAN MENTEGA
Letakkan 50 g mentega di dalam bekas kaca kecil yang dalam. Tutup dengan penutup
plastik. Panaskan selama 30-40 saat menggunakan 900 W, sehingga mentega cair.
MENCAIRKAN COKLAT
Letakkan 100 g coklat di dalam bekas kaca kecil yang dalam. Panaskan selama
3-5 minit, menggunakan 450 W sehingga coklat cair. Kacau sekali atau dua kali
semasa mencairkan. Gunakan sarung tangan ketuhar semasa mengeluarkan!
MENCAIRKAN MADU BATU
Letakkan 20 g madu batu di dalam bekas kaca kecil yang dalam. Panaskan selama
20-30 saat menggunakan 300 W, sehingga madu cair.
MENCAIRKAN GELATIN
Letakkan kepingan-kepingan gelatin kering (10 g) selama 5 minit dalam air sejuk.
Letakkan gelatin yang telah dituskan di dalam mangkuk pyrex kaca yang kecil.
Panaskan selama 1 minit menggunakan 300 W. Kacau selepas mencairkan.
MEMASAK GERLIS/AISING (UNTUK KEK DAN GATEAUX)
Campurkan gerlis segera (kira-kira 14 g) dengan 40 g gula dan 250 ml air sejuk. Masak
tanpa ditutup dalam mangkuk pyrex kaca selama 3½ hingga 4½ minit menggunakan
900 W, sehingga gerlis/aising menjadi lutsinar. Kacau dua kali semasa memasak.
MEMASAK JEM
Letakkan 600 g buah-buahan (contohnya beri campur) di dalam mangkuk pyrex kaca
bertutup yang sesuai saiznya. Tambahkan 300 g gula penjeruk dan kacau rata. Masak
bertutup selama 10-12 minit menggunakan 900 W. Kacau beberapa kali semasa
memasak. Tuangkan langsung ke dalam gelas-gelas jem yang kecil dengan penutup
putar. Biarkan pada penutup selama 5 minit.
MEMASAK PUDING
Campurkan serbuk puding dengan gula dan susu (500 ml) dengan mengikut arahan
pembuat dan kacau rata. Gunakan mangkuk pyrex kaca bertutup yang sesuai saiznya.
Masak bertutup selama 6½ hingga 7½ minit menggunakan 900 W. Kacau beberapa
kali semasa memasak.
MEMERANGKAN HIRISAN BADAM
Selerakkan 30 g badam yang dihiris dengan rata di atas pinggan seramik bersaiz
sederhana. Kacau beberapa kali semasa memerang selama 3½ hingga 4½ minit
menggunakan 600 W. Biarkan ia selama 2-3 minit di dalam ketuhar. Gunakan sarung
tangan ketuhar semasa mengeluarkan!
MC32F606TCT_SP_DE68-04174K-01_MA.indd 38
2013-12-16 �� 9:08:47