B. Melayu - 3
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
BACA DENGAN TELITI DAN SIMPAN
UNTUK RUJUKAN PADA MASA
HADAPAN.
Pastikan langkah-langkah keselamatan ini
dipatuhi sepanjang masa.
Sebelum menggunakan ketuhar,
pastikan arahan berikut diikuti.
AMARAN (Fungsi gelombang mikro sahaja)
AMARAN :
Jika pintu atau kedap pintu rosak, ketuhar
tidak boleh dikendalikan sehingga ia telah dibaiki oleh
orang yang cekap.
AMARAN :
Adalah merbahaya bagi seseorang yang
tidak cekap menjalankan sebarang servis atau operasi
pembaikan yang melibatkan kerja menanggalkan
penutup yang memberi perlindungan daripada
pendedahan kepada tenaga gelombang mikro.
AMARAN :
Cecair dan makanan lain tidak boleh
dipanaskan di dalam bekas yang dikedap kerana ia
boleh meletup.
Alat ini dimaksudkan untuk digunakan di rumah
sahaja.
AMARAN :
Hanya benarkan kanak-kanak
menggunakan ketuhar tanpa penyeliaan apabila
arahan yang mencukupi telah diberikan supaya
kanak-kanak tersebut boleh menggunakan ketuhar
dengan cara yang selamat dan memahami bahaya
penggunaan yang tidak betul.
AMARAN :
Alat in boleh digunakan oleh kanak-
kanak berusia 8 tahun ke atas dan orang-orang yang
kekurangan keupayaan fizikal, deria atau mental atau
kurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka
telah diselia atau diberi arahan mengenai penggunaan
alat dengan cara yang selamat dan memahami
bahaya yang terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya
bermain dengan alat ini. Kanak-kanak tidak sepatutnya
melakukan pembersihan dan penyenggaraan
pengguna melainkan mereka berusia daripada 8 tahun
ke atas dan diawasi.
Hanya gunakan perkakas dapur yang sesuai untuk
digunakan dalam ketuhar gelombang mikro.
Apabila memanaskan makanan dalam bekas plastik
atau kertas, perhatikan ketuhar untuk mengesan
kemungkinan pencetusan bunga api.
MC32F606TCT_SP_DE68-04174K-01_MA.indd 3
2013-12-16 �� 9:08:14