B. Melayu - 5
Ketuhar ini mesti diletakkan mengadap arah dan
ketinggian yang betul yang membenarkan capaian
mudah pada rongga dan kawasan kawalan.
Sebelum menggunakan ketuhar anda buat kali
pertama, ketuhar harus dikendalikan bersama air
selama 10 minit dan kemudian baru digunakan.
Jika ketuhar ini mengeluarkan bunyi bising, bau
terbakar atau mengeluarkan asap, cabut palam kuasa
dengan segera dan hubungi pusat perkhidmatan yang
terdekat dengan anda.
Ketuhar gelombang mikro harus diletakkan di tempat
yang sesuai supaya palamnya mudah dicapai.
Ketuhar gelombang mikro ini dimaksudkan untuk
digunakan di atas kaunter atau atas kaunter sahaja;
ketuhar gelombang mikro ini tidak harus diletakkan di
atas kabinet.
AMARAN (Fungsi ketuhar sahaja) - Pilihan
AMARAN :
Apabila alat dikendalikan dalam mod
kombinasi, kanak-kanak hanya boleh menggunakan
ketuhar dibawah penyeliaan orang dewasa kerana
suhu yang dijana.
Semasa digunakan, alat ini menjadi panas. Berhati-
hati agar tidak menyentuh elemen-elemen pemanas di
dalam ketuhar.
AMARAN :
Bahagian-bahagian yang boleh dicapai
akan menjadi panas semasa digunakan. Kanak-kanak
kecil tidak harus mendekati ketuhar.
Pembersih wap tidak boleh digunakan.
AMARAN :
Pastikan alat ini dimatikan sebelum
menggantikan lampu bagi mengelakkan kemungkinan
kejutan elektrik.
AMARAN :
Alat dan bahagian alat yang boleh dicapai
menjadi panas semasa penggunaan. Berhati-hati agar
tidak menyentuh elemen-elemen pemanas. Kanak-
kanak berusia kurang daripada 8 tahun seharusnya
dijauhkan melainkan sentiasa diselia.
Alat in boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia
8 tahun ke atas dan orang-orang yang kekurangan
keupayaan fizikal, deria atau mental atau kurang
pengalaman dan pengetahuan jika mereka telah diselia
atau diberi arahan mengenai penggunaan alat dengan
cara yang selamat dan memahami bahaya yang terlibat.
Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan alat
ini. Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna tidak
seharusnya dilakukan oleh kanak-kanak tanpa seliaan.
Jangan gunakan pembersih kasar yang kuat atau
pengerik logam yang tajam untuk membersihkan
kaca pintu ketuhar kerana ia boleh mencalarkan
permukaannya, yang boleh mengakibatkan kaca itu
pecah.
MC32F606TCT_SP_DE68-04174K-01_MA.indd 5
2013-12-16 �� 9:08:14