Bahasa
- May-15 -
Teknik Memasak
(bersambung)
Mengubah Cara Masakan Resipi Kesukaan
Pilihlah resipi yang mudah dimasak dengan Ketuhar gelombang
mikro, seperti, hidangan kaserol, rendidih, ayam bakar, hidangan
sayur dan ikan. Tetapi bagi makanan souffle atau pai dua lapis,
hasilnya akan kurang memuaskan. Jangan cuba mengoreng
dengan minyak yang banyak di dalam ketuhar gelombang
mikro. Satu petua yang patut diingat, semasa mengubah resipi
masakan biasa kepada resipi masakan Gelombang Mikro,
ialah memendekkan masa memasak yang disyorkan menjadi
seperempat saja. Juga dapatkan resipi Gelombang Mikro yang
serupa dan sesuaikan masa dan laras suhunya. Perasakan
daging dengan daun perasa dan rempah dan separuh garam
sebelum memasak; taburkan baki garam selepas memasak.
Rendidih tidak ditumis sebelum dimasak. Tinggalkan
sebarang minyak atau lemak yang akan digunakan untuk
menumis. Potong daging rendidih menjadi sebesar 2.5 cm.
Lobak merah, ubi kentang dan Sayuran keras yang lain
hendaklah dipotong-potong kecil. Lobak merah hendaklah
dihiris dan ubi kentang pula dipotong dadu.
Tutup dengan tudung kaca dan masak dengan suhu TINGGI
sehingga air mendidih kemudian masak dengan suhu
RENDAH sehingga empuk. Kacau sekali-sekala.
Perhatian: Pinggan kecil yang diletakkan di atas daging
dan Sayuran boleh mencegah bahan makanan itu daripada
terlebih masak.
Hidangan kaserole yang dimasak dengan Gelombang
Mikro cukup memuaskan hasilnya. Potong bahannya sama
besarnya. Sup pekat amat elok sebagai pati bagi hidangan
kaserol. Pilihlah sajian yang kira-kira besar dan boleh
dikacau. Memasak dengan penutup kaca atau selaput lekat
mengurangkan masa masakan. Kacau sekali-sekala semasa
memasak. Supaya hiasan serbuk roti tetap rangup, taburkan
sebelum dibiarkan iaitu sebaik selepas diangkat.
Memanaskan Makanan Beku
Kebanyakan makanan hidangan beku mempunyai panduan
memanas Gelombang Mikro di bahagian belakang
bungkusan. Rujuk panduan-ini untuk mengetahui tahap
kuasa, masa memanas dan panduan am.
Panduan Am untuk Memanas Makanan Hidangan Beku
Cucuk beg
sayuran atau hidangan pembuka selera dalam
beg dengan garfu atau pisau. Letakkan beg di dalam pinggan
sebelum dipanaskan.
Makanan beku yang disimpan di
dalam bekas logam yang
lebih daripada 2 cm
tebal seperti "lasagna" atau ubi kentang
panggang mestilah dikeluarkan daripada bekas logam dan
dimasukkan ke bekas yang selamat digunakan di dalam
ketuhar gelombang mikro.
Nota:
Jika makanan sukar dikeluarkan daripada bekas, bilas
bahagian bawahnya dengan air panas.
Untuk memanas makanan malam beku dalam bekas
kerajang,
keluarkannya daripada kotak. Jika ada penutup
kerajang, buangkannya. Setengahsetengah makanan seperti
roti, kentang goreng atau hidangan jenis bater umpamanya
biskut "brownies" tidak begitu sesuai dengan ketuhar
Gelombang Mikro. Keluarkan makanan ini daripada dulang.
Tutup dulang kecuali hidangan pencuci mulut dengan
penyalut plastik. Panaskan mengikut panduan pengeluar.
Letakkan dulang kerajang di tengah ketuhar. Dulang tidak
harus menyentuh dinding ketuhar atau logam yang lain.
Biarkan ruang sekurang-kurangnya 2-3 cm di antara dulang
kerajang dan dinding ketuhar. Panaskan 1 dulang saja dalam
ketuhar setiap kali.
Содержание NN-SM332M/W
Страница 2: ......
Страница 21: ......
Страница 22: ......
Страница 41: ......
Страница 42: ......
Страница 61: ......
Страница 62: ......
Страница 81: ......
Страница 82: ......
Страница 101: ......
Страница 102: ...Printed in China Panasonic Corporation 2012 Panasonic Corporation Web Site http panasonic net PN 261800311977 ...