Bahasa
- May-14 -
Masa Memasak
Panduan jangka masa memasak diberi bagi setiap resipi.
Panduan ini mengimbangi perbezaan yang tidak dikawal
dari segi bentuk makanan, suhu mula dan kecenderungan
kedaerahan. Sentiasa memasak dengan masa minimum
yang diberi. Jika masakan tidak cukup masak, anda boleh
menambah masa masakan mengikut kesesuaian.
Susunan atau Aturan
Untuk mendapatkan masakan yang lebih serata, anda
dinasihatkan supaya menjarakkan makanan serta menyusunnya
di pinggiran pinggan (sperti gambarajah di sebelah).
Sehubungan itu, apabila
menempatkan makanan
dalam pinggan memasak, susun di bahagian luar pinggan,
dan bukan bersebelahan satu sama lain. Makanan TIDAK
patut disusun di atas satu
sama lain.
Menebuk
Kulit atau selaput setengah-
setengah makanan akan menyebabkan wap berkumpul
semasa memasak dalam ketuhar Gelombang Mikro. Bahan-
bahan makanan hendaklah ditebuk, dikelar atau dikopek
sedikit kulitnya sebelum dimasak supaya wap boleh lepas
keluar.
Telur:
Cucuk kuning telur dua kali
dan putih telur beberapa
kali dengan pencungkil gigi.
Kepah dan Tiram:
Cucuk beberapa kali dengan pencungkil gigi.
Ubi Kentang dan Sayuran:
Cucuk dengan garpu.
'Frankfurter' dan sosej:
Kelar sausage dan frankfurter salai.
Cucuk sausage baru untuk memastikan sama ada ia sudah masak.
Pemerangan
Daging, ayam dan itik yang dimasak dengan fungsi
gelombang mikro tidak akan menjadi perang. Namum begitu,
anda boleh menggunakan sos "Worcestershire" ataupun
kicap untuk memberi warna kepada makanan. Masakan
akan menjadi lebih sempurna jika disapukan sedikit mentega
atau marjerin sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar.
Untuk makanan ringan seperti roti atau muffin, anda boleh
menggantikan gula pasir dengan gula perang.
Menutup
Seperti proses masakan biasa, air sejat semasa memasak
dengan Gelombang Mikro. Oleh kerana masakan
Gelombang Mikro mengikut masa dan bukan mengikut
haba, maka kadar penyejatan tidak mudah dikawal. Akan
tetapi kekurangan ini boleh diatasi dengan menggunakan
pelbagai bahan untuk menutup masakan. Sesuatu resipi
boleh dimasak tanpa ditutup sekiranya diarahkan begitu.
Anda boleh menggunakan penutup kaserol atau selaput
lekap. Penyejatan boleh dicegah sedikit sebanyak dengan
menggunakan kertas lilin atau tuala kertas.
Mengacau
Mengacau biasanya perlu apabila memasak dengan
Gelombang Mikro. Apabila mengacau diperlukan,
kekerapannya akan diarahkan seperti berikut: sekali, dua
kali, kerap atau sekali-sekala. Selalu halakan bahagian
pinggir luar yang telah masak ke bahagian tengah dan
bahagian tengah yang kurang masak ke luar.
Menbalik dan Mengatur Semula
Setengah makanan tidak boleh dikacau untuk menyebarkan haba
atau hawa panasnya. Adakala tenaga gelombang mikro tertumpu
pada satu bahagian makanan. Untuk menentukan proses
masakan yang serata, anda dinasihatkan supaya membalikkan
atau mengatur makanan pada setengah masa memasak.
Susun semula item kecil seperti kepingan ayam, udang atau
pati daging burger. Susun semula kepingan dari bahagian tepi
ke bahagian tengah dan dari bahagian tengah ke tepi pinggan.
Masa Blar
Kebanyakan proses memasak akan berterusan walaupun
ketuhar Gelombang Mikro dimatikan suisnya disebabkan
konduksi ataupun pengaliran haba. Bagi masakan daging,
suhu akan naik 5°C jika dibiarkan, bertutup, selama 10-20
minit.
Hidangan kaserol dan sayuran tidak memerlukan masa biar
yang lama. Tetapi masa biar ini mustahak supaya bahagian
tengah makanan akan turut masak tanpa tepi-tepinya terlebih
masak.
Menguji Kesudahan Makanan
Cara yang digunakan seperti dalam masakan biasa boleh
digunakan untuk masakan Gelombang Mikro.
Kek cukup masak apabila ia tidak melekat pada kayu yang
dicucukkan padanya dan kek berengsot dari tepi bekas.
Ayam cukup masak apabila airnya yang keluar ialah kuning
jernih dan bahagian pehanya mudah digerakkan.
Daging cukup masak apabila permukaan atau uraturatnya
pecah iaitu terasa empuk dicucuk dengan garpu.
Ikan cukup masak apabila ikan mengelupas dan keadaannya legap.
Teknik Memasak
Содержание NN-SM332M/W
Страница 2: ......
Страница 21: ......
Страница 22: ......
Страница 41: ......
Страница 42: ......
Страница 61: ......
Страница 62: ......
Страница 81: ......
Страница 82: ......
Страница 101: ......
Страница 102: ...Printed in China Panasonic Corporation 2012 Panasonic Corporation Web Site http panasonic net PN 261800311977 ...