- 31 -
penutupan yang sempurna (K).
•
Kantung boleh disalir dengan pengapit tegar (untuk rujukan
Proxima 2+ sahaja) : buka pengapit dengan menekan pada selak.
Letakkan bahagian lengkung nipis pengapit supaya menghala
ke arah bahagian plastik saluran keluar (O), lipat filem ke atas,
kemudian tutup pengapit (P-Q).
•
Kantung “uro” yang boleh disalir: pastikan saluran keluar
tertutup dengan memutar tab mengikut arah jam (L).
Pisahkan dinding kantung dengan merenyukkannya sedikit untuk
membolehkan udara masuk ke dalamnya.
Pegang kantung di kedua-dua bahagian tepinya.
Tekan kantung dan plat asas bersama-sama, bermula di bahagian
bawah.
Tekan jari anda di sekitar gandingan pada bahagian luar kantung
dari bawah ke atas: apabila kedengaran bunyi klik, kantung
berada pada kedudukan yang kukuh di atas plat asas (D). Tekan
tuas ke bawah untuk mengunci sistem (E). Pastikan kantung
dikunci dengan selamat pada plat asas dengan menarik kantung
perlahan-lahan.
5. Mengosongkan kantung yang boleh disalir
Tetapkan kedudukan anda.
•
Kantung boleh disalir dengan pengapit berpelekat : angkat
bahagian bawah kantung ke atas sedikit, buka lipatan hujung
pengapit dan buka saluran keluar untuk mengosongkan
kantung. Sebaik pengosongan selesai, buang sebarang sisa
dalam sarung sebanyak yang mungkin dengan menekankan
secara perlahan-lahan dari atas ke bawah. Berhati-hati
membersihkan bahagian bawahnya dan, elakkan penggunaan
kain terlerai.
•
Kantung boleh disalir dengan pengapit tegar: angkat bahagian
bawah kantung ke atas sedikit dan tekan pada selak (R)
untuk membuka pengapit. Tanggalkan pengapit sebelum
mengosongkan kantung. Kemudian, halakan hujung kantung
yang terbuka ke arah mangkuk tandas. Sebaik pengosongan
selesai, buang sebarang sisa dalam sarung sebanyak yang
mungkin dengan menekankan secara perlahan-lahan dari atas
ke bawah. Berhati-hati membersihkan bahagian bawahnya dan
elakkan penggunaan kain terlerai.
•
Kantung “Uro” yang boleh disalir: halakan pili ke arah mangkuk
tandas, pusingkan pili secara perlahan-lahan mengikut arah
lawan jam sehingga kadar aliran yang dikehendaki diperoleh
(M).
Selepas mengosongkan kantung saliran, tutup saluran penutupan
semula seperti yang ditunjukkan di atas.
6. Menanggalkan produk
•
Menanggalkan kantung: pastikan tab pada kantung diselaraskan
dengan tuas pada plat asas (F). Buka mekanisme penguncian
dengan menggerakkan tuas penguncian ke atas dengan perlahan
(G). Pegang tab pada gegelang plastik kantung. Kemudian, tarik
kantung keluar dari plat asas dengan perlahan-lahan, bermula
di bahagian atas sehingga ke bawah (H). Pada masa yang sama,
tahan plat asas dengan tangan anda yang sebelah lagi.
•
Menanggalkan plat asas: tarik sedikit pada bahagian atas
plat asas dan tanggalkan plat asas dari atas ke bawah, sambil
mengekalkan tekanan lembut pada kulit di sekeliling stoma
dengan tangan anda yang sebelah lagi.
7. Penggunaan penyambung uro
Sambungan kantung ke beg distal B. Braun mungkin memerlukan
penggunaan penyambung uro yang dibekalkan. Klipkan pada
penyambung uro, tekan kedua-dua sayapnya dan masukkan
ke dalam tab kantung (N). Buka paip dengan memusingkannya
separuh mengikut arah putaran yang berlawanan dari arah
pusingan jam untuk membolehkan air kencing mengalir ke dalam
beg distal B. Braun. Bagi membuka klip, tutup tab kantung dengan
memusingkannya separuh putaran arah jam dan menarik keluar
penyambung uro dengan menekan kedua-dua sayapnya (O).
8. Penggunaan tali pinggang B. Braun
Jika anda ingin menggunakan tali pinggang B. Braun, gunakan
kedua-dua gelung di setiap sisi.
9. Menggunakan pelekat pelindung penapis
Sebelum mandi, lekatkan pelekat pelindung penapis
di atas bukaan pemindahan gas (S) untuk mengekalkan prestasi
penapis.
Untuk kantung yang boleh disalir, sekiranya kantung digunakan
secara mendatar (pada waktu malam dan sebagainya), lekatkan
pelekat pelindung penapis di atas bukaan pemindahan gas
(S) untuk mengelakkan kebocoran melalui penapis. Gantikan
kantung apabila pesakit kembali berada dalam kedudukan
menegak.
Jika terdapat sebarang perubahan yang kelihatan pada stoma
dan/atau peristomal kulit anda, sila hubungi ahli kesihatan
profesional anda.
Peraturan kebangsaan bagi pelupusan bahan yang mudah
dijangkiti perlu dilaksanakan.
MS
Arahan penggunaan
Содержание Proxima 2
Страница 1: ...2 Piece Range Proxima 2 Proxima 2 ...
Страница 2: ...2 Piece Range B G K A F J E C H L D M I N S O Q P R ...