Bahasa
- May-12 -
Penjagaan Ketuhar Gelombang Mikro
1. Bahagian dalam ketuhar hendaklah dibersih selepas
digunakan untuk mengelakkan terdapatnya sisa-sisa
makanan.
2. Keluarkan plag kuasa dari soket dinding sebelum
membersihkan ketuhar, jika boleh.
3. Pastikan keadaan di dalam ketuhar bersih. Apabila
deraian makanan atau cecair tertumpah dan melekat
pada dinding ketuhar, bersihkan dengan kain lembab.
Bahan pencuci yang lembut boleh digunakan jika ketuhar
terlalu kotor. Penggunaan bahan pencuci yang kasar
adalah tidak digalakkan.
4. Bahagian permukaan luar ketuhar hendaklah dibersihkan
dengan kain lembab. Untuk mengelakkan sebarang
kerosakan pada ketuhar, pastikan anda tidak merenjis air
ke liang udara ketuhar dalaman.
5. Jangan biarkan Panel Kawalan menjadi basah.Bersihkan
dengan kain lembut yang lembap.Jangan gunakan bahan
pencuci, pelelas ataupencuci semburan pada Panel
Kawalan.
Apabila membersihkan Panel Kawalan, biarkanpintu
ketuhar terbuka untuk mencegah ketuhardaripada
dihidupkan dengan tidak sengaja.
Selepas membersihkannya, tekan Pad BERHENTI/
PASANG SEMULA untuk mengosongkan
tetingkappaparan atau pastikan DAIL PILIH MASA/
BERAT diset pada kedudukan sifar.
6. Jika wap terhimpun di dalam atau di sekeliling bahagian
luar pintu ketuhar, lapkan dengan kain yang Iembut. Ini
boleh terjadi apabila ketuhar gelombang mikro digunakan
dalam keadaan kelembapan yang tinggi dan ini tidak
menunjukkan bahawa ia tidak berfungsi.
7. Kadangkala anda perlu menanggalkan dulang kaca untuk
dibersihkan. Basuh dulang kaca dalam air berbuih panas
atau dalam pencuci pinggan mangkuk.
8. Relang gelendung dan lantai rongga ketuhar mestilah
dibersihkan selalu untuk mengelakkan bunyi bising yang
melampau.
Anda hanya perlu mengelap permukaan bawah ketuhar
dengan bahan pencuci yang lembut, air atau pembersih
tingkap dan keringkan.
Relang gelendung boleh dibasuh dalam air berbuih yang
lembut atau pencuci pinggan mangkuk. Wap memasak
yang terkumpul semasa menggunakan ketuhar berulang
kali tidak akan merosakkan permukaan ketuhar atau roda
relang gelendung. Apabila membuka relang gelendung
daripada lantai rongga untuk dibersihkan, sila pastikan
anda memasang semula dalam kedudukan yang
sempurna.
9. Apabila tiba masanya untuk menggantikan lampu
ketuhar, sila hubungi pengedar untuk menggantikannya
dengan yang baru.
10. Kegagalan untuk menjaga oven ini dalam keadaan
yang bersih akan memburukkan permukaan oven
dan memendekkan jangka hayat barangan serta
kemungkinan akan membahayakan keadaan.
Nama model
NN-SM332M/W
NN-ST342M/W
Sumber Kuasa
220 V 50 Hz
230 - 240 V 50 Hz
220 V 50 Hz
230 - 240 V 50 Hz
Penggunaan Kuasa
5.9 A 1,270 W
5.5 A 1,270 W
5.9 A 1,270 W
5.5 A 1,270 W
Keluaran*
800 W
Dimensi Luar
485 mm (W) x 287 mm (H) x 400 mm (D)
Dimensi Rongga
Ketuhar
315 mm (W) x 227 mm (H) x 349 mm (D)
Isipadu Kaviti Keseluruhan
25 L
Diameter Dulang Kaca
Ø288 mm
Frekuensi Operasi
2,450 MHz
Berat Bersih
Anggaran 12.4
kg
Anggaran 12.7
kg
* IEC Prosedur Ujian
Spesifikasi adalah tertakluk kepada pindaan tanpa sebarang notis.
Untuk keperluan voltan, bulan pengeluaran, negara dan nombor siri, sila rujuk kepada plat pengenalpastian yang terdapat
pada ketuhar gelombang mikro.
Spesifikasi Teknikal