Bahasa
- May-7 -
Operasi
(NN-ST342M/W) (bersambung)
1. Memanas Auto
Makanan yang sudah dipra-masak akan dipanaskan
semula secara automatik dengan menetapkan berat
makanan. Anda tidak perlu memilih paras kuasa atau
tempoh pemanasan semula. Makanan patut berada
pada suhu peti sejuk (5-7 °C) Guna mangkuk yang
sesuai saiznya dan tahan gelombang mikro, tambah 1-4
sudu besar air, dan tutup dengan penutup plastik yang
selamat serta tahan gelombang mikro. Kacau selepas
bunyi beep. Selepas memasak, kacaukan makanan.
Nota: Bila memanaskan semula hidangan kaserol dan
sup, anda dinasihatkan untuk mengacau makanan
bila tingkappameran menunjukkan masa dan selepas
tempohpemanasan.
2. Kanji/Bubur
Ia sesuai untuk memasak kanji/bubur. Tempatkan nasi/
bubur dalam casserole yang sesuai saiznya dan selamat
dalam ketuhar gelombang mikro. Tambahkan air yang
disarankan seperti di bawah. Pastikan ada sekurang-
kurangnya ½ kedalaman isipadu untuk pengewapan dan
mengelakkan tumpahan. Masak tanpa penutup. Kacau
selepas bunyi beep.
Nasi/Bubur
Air yang Disarankan
50
g
250-400 ml
100
g
600-800 ml
150
g
800-1000 ml
3. Mi Segera
Ia sesuai untuk memasak mi segera. Tempatkan mi
segera dan perencah dalam casserole yang sesuai
saiznya dan selamat dalam ketuhar gelombang mikro.
Tambahkan air yang disarankan di bawah. Pastikan
ada sekurang-kurangnya ½ kedalaman isipadu cawan
untuk pengewapan, dan mengelakkan tumpahan. Tutup
dengan penutup. Kacau selepas bunyi beep.
Hidangan
Air yang Disarankan
1 Hidangan
450 ml
2 Hidangan
800 ml
4. Mereneh
Ia sesuai untuk memasak sup tradisional, sup herba, sup
sarang burung dan sebagainya yang memerlukan proses yang
perlahan atau “mereneh”. Kaedah ini memastikan bahawa
makanan kekal lembut tanpa menjejaskan bentuk. Ia juga
mengekstrak dan mengekalkan rasa aromatik makanan.
Tempatkan semua bahan dalam casserole yang selamat dalam
ketuhar gelombang mikro. Tambahkan air yang disarankan di
bawah. Pastikan ada sekurang-kurangnya ½ kedalaman isipadu
cawan untuk pengewapan, dan mengelakkan tumpahan. Tutup
dengan penutup. Kacau selepas bunyi beep.
Hidangan
Air yang Disarankan
4-6 Hidangan
800 ml
1-3 Hidangan
600 ml
5. Sayuran
Ia sesuai untuk memasak semua jenis dedaun, sayuran
hijau dan sayuran lembut termasuk brokoli, squash,
cauliflower, kubis, asparagus, kekacang, celery, zucchini,
bayam, capsicum atau campuran sayuran ini. Potong
semua sayuran supaya semuanya sama saiz. Tempatkan
sayuran di dalam casserole yang sesuai saiznya dan
selamat dalam ketuhar gelombang mikro. Tambah 2-4
sudu besar air jika anda mahu. Tutup dengan penutup.
Kacau selepas bunyi beep.
6. Ubi Kentang
Ia sesuai untuk memasak ubi kentang. Cucuk ubi kentang 6
kali dengan garpu. Tempatkan kentang dalam casserole
yang sesuai saiznya dan selamat dalam ketuhar
gelombang mikro. Tambah 1-3 sudu besar air jika anda
mahu. Tutup dengan penutup. Alih ke sebelah yang satu
lagi selepas bunyi beep.
7. Nasi Kaserol
Ia sesuai untuk memasak nasi putih termasuk
beras pendek, beras panjang, jasmine dan basmati.
Tempatkan beras di dalam casserole yang sesuai
saiznya dan selamat dalam ketuhar gelombang mikro.
Tambahkan air yang disarankan di bawah. Pastikan ada
sekurang-kurangnya ½ kedalaman isipadu cawan untuk
pengewapan, dan mengelakkan tumpahan.Tutup dengan
penutup.
Nasi
Air yang Disarankan
100
g
150 ml
200
g
300 ml
300
g
450 ml
8. Stim Ikan
Ia sesuai untuk memasak seluruh ikan atau filet ikan.
Tempatkan ikan yang disediakan di dalam pinggan yang
sesuai saiznya dan selamat dalam ketuhar gelombang
mikro. Tambah sos dan air yang disarankan di bawah.
Tutup pinggan dengan penutup plastik.
Ikan
Air atau Stok yang disarankan
100
g
2 sudu besar air atau stok
200
g
2 sudu besar air atau stok
300
g
3 sudu besar air atau stok
400
g
3 sudu besar air atau stok
9. Ayam
Ia sesuai untuk memasak kepingan ayam seperti kepak,
paha, separuh dada dan sebagainya. Cucuk kepingan
ayam sebelum memasak. Tempatkan ayam yang sudah
disediakan dalam casserole yang sesuai saiznya dan
selamat dalam ketuhar gelombang mikro. Tambah 1-5
sudu besar air jika anda mahu. Tutup dengan penutup.
Kacau selepas bunyi beep.