M – 20
PANDUAN MEMASAK
Teknik Memasak dengan Gelombang Mikro
Susun makanan betul-betul
Letakkan bahagian yang paling tebal di tepi pinggan.
Perhatikan masa memasak
Masak mengikut masa terpendek yang dinyatakan dan tambah
lebih masa seperlunya.
Makanan yang dimasak terlampau lama boleh berasap atau
terbakar.
Tutup makanan sebelum memasak
Semak resipi untuk cadangan: tuala kertas, pembungkus plastik
gelombang mikro atau penutup.
Penutup mengelakkan mercik dan membantu makanan masak
dengan rata. (Membantu memastikan ketuhar bersih)
Lindungi makanan
Gunakan cebisan kerajang aluminium yang kecil untuk menutup
bahagian nipis daging atau ayam untuk mengelakkan terlalu
masak.
Kacau makanan
Dari tepi ke tengah mangkuk sekali atau dua kali semasa memasak,
jika boleh.
Balikkan makanan
Makanan seperti ayam, hamburger atau stik mesti dibalikkan
sekali semasa memasak.
Atur semula makanan
Seperti bebola daging pada separuh masa memasak dari atas
ke bawah dan dari tengah ke tepi bekas.
Berikan masa untuk sebati
Selepas memasak, pastikan ada cukup masa untuk makanan
sebati.
Keluarkan makanan dari ketuhar dan kacau jika perlu.
Menutup makanan semasa membiarkan ia sebati membolehkan
makanan masak sepenuhnya.
Periksa sama ada sudah masak
Periksa tanda-tanda yang menunjukkan yang suhu masak telah
dicapai. Tanda-tanda sudah masak termasuk:
– Wap keluar dari seluruh makanan, bukan hanya dari tepi;
– Sendi ayam itik boleh dicarik dengan mudah;
– Daging dan ayam tidak berwarna merah jambu;
– Ikan kelihatan legap dan boleh dikelupaskan dengan mudah
menggunakan garpu.
Pemeluwapan
Keadaan biasa dalam masakan gelombang mikro. Kelembapan
dan lembapan dalam makanan akan mempengaruhi kuantiti
lembapan dalam ketuhar. Secara umumnya, makanan yang
bertutup tidak menyebabkan pemeluwapan sebanyak makanan
yang tidak bertutup. Pastikan lubang pengalihudaraan tidak
tersekat.
Bekas garing
Semasa menggunakan pinggan garing atau bahan swa-
pemanasan, sentiasa letakkan penebat tahan panas seperti
pinggan porselin di bawahnya untuk mengelakkan kerosakan
pada pinggan putar dan aci motor pinggan putar akibat tegasan
haba. Masa prapemanasan yang dinyatakan dalam arahan
masakan tidak boleh dilebihi.
Pembungkus plastik selamat
gelombang mikro
Untuk memasak makanan yang mengandungi lemak yang
banyak jangan biarkan pembungkus tersentuh makanan kerana
ia mungkin cair.
Pinggan mangkuk plastik
selamat gelombang mikro
Sesetengah pinggan mangkuk plastik selamat gelombang
mikro tidak sesuai untuk memasak makanan yang mempunyai
kandungan lemak dan gula yang tinggi.
R-899R(S) [SRS]_MA.indd Sec1:20
R-899R(S) [SRS]_MA.indd Sec1:20
4/7/09 9:27:40 AM
4/7/09 9:27:40 AM