M – 18
PENTING:
Cabut kord kuasa sebelum membersihkan atau biarkan pintu terbuka untuk menyahaktifkan ketuhar
semasa pembersihan. Sebelum membersihkan, pastikan pintu ketuhar, kabinet luar, rongga ketuhar dan
aksesori benar-benar sejuk.
PENJAGAAN DAN PEMBERSIHAN
BERSIHKAN KETUHAR SECARA BERKALA
- Pastikan ketuhar bersih dan tanggalkan longgokan
makanan, jika tidak ia akan menyebabkan kemerosotan permukaan. Ini boleh memudaratkan hayat
peralatan dan mungkin menyebabkan keadaan berbahaya.
Bahagian Luar:
Bahagian luar boleh dibersihkan dengan sabun yang lembut dan air suam, lap sehingga bersih
dengan kain lembap. Elakkan penggunaan pembersih yang kasar dan melelaskan. Pastikan lubang
pengalihan udara bebas dari habuk.
Pintu:
Lap pintu dan tingkap pada kedua-dua belah, kedap pintu dan bahagian bersebelahan secara
kerap dengan menggunakan kain lembap untuk menanggalkan tumpahan atau tepekan.
Jangan gunakan pembersih yang kasar dan melelaskan atau pengikis logam yang tajam
untuk membersihkan kaca pintu ketuhar kerana ia boleh mencalarkan permukaan, yang akan
menyebabkan kaca berkecai.
Panel Kawalan Sentuh:
Lap panel dengan menggunakan kain yang dilembapkan sedikit dengan air sahaja.
Jangan sental atau gunakan sebarang pembersih kimia. Elak daripada menggunakan air
berlebihan.
Dinding bahagian dalam:
Lap tepekan dan tumpahan dengan menggunakan sedikit cecair pencuci pinggan mangkuk
pada kain lembap yang lembut. Untuk kesan kotor yang degil di dalam rongga ketuhar sahaja,
gunakan pembersih keluli tahan karat yang lembut yang diletakkan pada kain lembap yang lembut.
Jangan gunakan pada bahagian dalam pintu. Lap sehingga kering dan pastikan semua pembersih
ditanggalkan. Selepas digunakan, lap penutup pandu gelombang di dalam ketuhar dengan kain lembap
yang lembut untuk menanggalkan sebarang percikan makanan. Percikan terkumpul boleh menjadi
terlampau panas dan mula berasap atau terbakar. Jangan tanggalkan penutup pandu gelombang.
JANGAN GUNAKAN PEMBERSIH KAUSTIK, PEMBERSIH MELELASKAN ATAU KASAR
ATAU PAD PENYENTALAN PADA KETUHAR ANDA. JANGAN SEKALI-KALI MENYEMBUR
PEMBERSIH KETUHAR SECARA TERUS KE ATAS MANA-MANA BAHAGIAN KETUHAR ANDA.
JANGANGUNAKAN PEMBERSIH STIM. Elakkan daripada menggunakan air berlebihan. Setelah
membersihkan ketuhar, pastikan air dikesat dengan kain yang lembut.
NOTA:
Secara berkala, panaskan ketuhar dengan merujuk kepada "Memanaskan tanpa Makanan" di halaman
M-6. Ini kerana kotoran atau minyak makanan terpercik yang melekat sekitar dinding ketuhar boleh
menyebabkan asap dan bau.
Aksesori:
Basuh dengan air bersabun yang lembut dan keringkan betul-betul.
NOTA:
Pastikan penutup pandu gelombang dan aksesori bersih pada sepanjang masa. Sekiranya anda
meninggalkan gris atau lemak di dalam rongga atau aksesori, ia boleh menjadi terlampau panas,
menyebabkan pengarkaan, asap dan juga boleh terbakar apabila anda menggunakan ketuhar.
R-899R(S) [SRS]_MA.indd Sec1:18
R-899R(S) [SRS]_MA.indd Sec1:18
4/7/09 9:27:39 AM
4/7/09 9:27:39 AM