32
BAHASA INGGERIS
Memanaskan dan masa biar
Apabila memanaskan semula makanan buat pertama kalinya, sebaiknya
anda membuat catatan tentang masa yang diambil – untuk dirujuk pada
masa hadapan.
Sentiasa pastikan bahawa makanan yang dipanaskan semula panas
menggelegak keseluruhannya.
Biarkan makanan itu buat seketika selepas memanaskan semula – supaya
suhunya menjadi seimbang.
Masa biar yang disarankan selepas memanaskan semula ialah 2-4 minit,
kecuali masa yang lain disyorkan di dalam carta.
Anda harus amat berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan
bayi. Lihat juga bab mengenai langkah-langkah keselamatan.
MEMANASKAN SEMULA CECAIR
Sentiasa berikan masa biar selama sekurang-kurangnya 20 saat selepas
ketuhar dimatikan untuk membolehkan suhunya menjadi seimbang. Kacau
semasa memanaskan, jika perlu, dan SENTIASA kacau selepas memanaskan.
Untuk mencegah didihan yang mebuak-buak dan kemungkinan kulit anda
melecur, anda harus meletakkan sudu atau batang kaca ke dalam minuman
dan kacau sebelum, semasa dan selepas memanaskannya.
MEMANASKAN SEMULA MAKANAN BAYI
MAkANAN BAyI:
Tuang ke dalam pinggan seramik yang dalam. Tutup dengan penutup
plastik. Kacau rata selepas memanaskan semula! Biarkan selama 2-3 minit
sebelum menghidangkan. Kacau sekali lagi dan periksa suhunya. Suhu
menghidang yang disarankan: antara 30-40 °C.
SuSu BAyI:
Tuang susu ke dalam botol kaca yang telah disteril. Panaskan tanpa ditutup.
Jangan sekali-kali memanaskan botol bayi dengan putingnya terpasang,
kerana botol boleh meletup jika terlampau panas. Goncang betul-betul
sebelum masa biar dan sekali lagi sebelum menghidangkan ! Sentiasa
periksa suhu susu atau makanan bayi dengan teliti sebelum memberinya
kepada bayi. Suhu menghidang yang disarankan: lebih kurang 37 °C.
KOMEN:
Makanan bayi terutamanya perlu diperiksa dengan teliti sebelum
dihidangkan bagi mencegah berlakunya lecur.
Gunakan aras kuasa dan masa di dalam jadual yang berikutnya sebagai
garis panduan untuk memanaskan semula.
Memanaskan Semula Makanan dan Susu Bayi
Gunakan aras kuasa dan masa di dalam jadual ini sebagai garis panduan
untuk memanaskan semula.
Makanan
Bahagian kuasa Masa
Masa biar
(min.)
Arahan
Makanan bayi
(sayur +
daging)
190 g
600 W
30 saat
2-3
Tuang ke dalam pinggan
seramik yang dalam.
Masak bertutup. Kacau
selepas masa memasak.
Biarkan selama
2-3 minit. Sebelum
menghidangkan, kacau
rata dan periksa suhunya
dengan teliti.
Bubur bayi
(biji-
susu + buah)
190 g
600 W
20 saat
2-3
Tuang ke dalam pinggan
seramik yang dalam.
Masak bertutup. Kacau
selepas masa memasak.
Biarkan selama
2-3 minit. Sebelum
menghidangkan, kacau
rata dan periksa suhunya
dengan teliti.
Susu bayi
100 ml
300 W
30-40 saat
2-3
Kacau rata atau
goncang betul-betul dan
tuang ke dalam botol
kaca yang telah disteril.
Letakkan di tengah-
tengah pinggan putar.
Masak tanpa ditutup.
Goncang betul-betul
dan biarkan selama
sekurang-kurangnya
3 minit. Sebelum
menghidangkan,
goncang betul-betul dan
periksa suhunya dengan
teliti.
200 ml
1 minit hingga
1 minit
10 saat.
CE103V_XSM-03714M-01_MA.indd 32
09/02/2011 18:42:08