29
BAHASA INGGERIS
PANduAN MEMASAk
GELOMBANG MIKRO
Tenaga gelombang mikro sebenarnya menembusi makanan, tertarik
kepada dan diserap oleh kandungan air, lemak dan gulanya.
Gelombang mikro menyebabkan molekul-molekul di dalam makanan
bergerak dengan pantas. Pergerakan molekul yang pantas ini menimbulkan
geseran dan haba yang dihasilkan memasak makanan.
MEMASAK
Perkakas memasak untuk proses memasak gelombang mikro:
Perkakas memasak mestilah membolehkan tenaga gelombang mikro
menembusinya untuk kecekapan maksimum. Gelombang mikro
dipantulkan oleh logam, seperti keluli tahan karat, aluminium dan tembaga,
tetapi ia boleh menembusi seramik, kaca, tembikar dan plastik serta kertas
dan kayu. Jadi makanan tidak boleh dimasak di dalam bekas logam.
Makanan yang sesuai untuk proses memasak gelombang mikro:
Banyak jenis makanan sesuai untuk proses memasak gelombang mikro,
termasuk sayur-sayuran segar dan sejuk beku, buah-buahan, pasta, beras,
biji-bijian, kacang, ikan dan daging. Sos, kastard, sup, puding kukus,
jeruk, dan cutni boleh juga dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro.
Umumnya, proses memasak gelombang mikro adalah ideal bagi sebarang
makanan yang biasanya dimasak di atas dapur. Mencairkan mentega atau
coklat, contohnya (lihat bab dengan petua, cara dan panduan).
Menutup semasa memasak
Menutup makanan semasa memasak adalah sangat penting, kerana air
yang menyejat naik sebagai wap dan menolong proses memasak. Makanan
boleh ditutup dengan berlainan cara: contohnya dengan pinggan seramik,
penutup plastik atau plastik lekap yang sesuai untuk gelombang mikro.
Masa Biar
Selepas proses memasak selesai, masa biar untuk makanan adalah penting
untuk membolehkan suhu menjadi seimbang di dalam makanan.
Panduan Memasak untuk sayur-sayuran sejuk beku
Gunakan mangkuk pyrex kaca bertutup yang sesuai. Masak bertutup untuk
masa minimum – lihat jadual. Teruskan memasak untuk mendapatkan hasil
yang anda mahu.
Kacau dua kali semasa memasak dan sekali selepas memasak. Tambahkan
garam, herba atau mentega selepas memasak. Tutup semasa masa biar.
Makanan
Bahagian kuasa Masa
(min.)
Masa biar
(min.)
Arahan
Bayam
150 g
600 W
5-6
2-3
Tambahkan
15 ml (1 sudu
besar) air
sejuk.
Brokoli
300 g
600 W
8-9
2-3
Tambahkan
30 ml (2 sudu
besar) air
sejuk.
Kacang pis
300 g
600 W
7-8
2-3
Tambahkan
15 ml (1 sudu
besar) air
sejuk.
Kacang hijau
300 g
600 W 7½-8½
2-3
Tambahkan
30 ml (2 sudu
besar) air
sejuk.
Sayur-sayuran
campur
(lobak merah/
kacang pis/jagung)
300 g
600 W
7-8
2-3
Tambahkan
15 ml (1 sudu
besar) air
sejuk.
Sayur-sayuran
campur
(gaya cina)
300 g
600 W 7½-8½
2-3
Tambahkan
15 ml (1 sudu
besar) air
sejuk.
CE103V_XSM-03714M-01_MA.indd 29
09/02/2011 18:42:08