9
BAHASA INGGERIS
JANGAN isikan bekas sehingga penuh dan pilih bekas yang lebar pada
bahagian atas daripada bahagian bawahnya bagi mengelakkan cecair
daripada mendidih keluar. Botol berleher sempit juga boleh meletup jika
terlampau panas.
JANGAN panaskan botol bayi dengan putingnya sekali, kerana botol
boleh meletup jika terlebih panas.
JANGAN sentuh elemen pemanas atau dinding dalam ketuhar
sehingga ia sejuk.
Jangan rendam kabel kuasa atau palam di dalam air dan jauhkan kabel
kuasa dari permukaan yang panas.
Jangan kendalikan peralatan ini jika kabel kuasa atau palamnya rosak.
JANGAN gunakan ketuhar gelombang mikro semasa ia kosong.
Kuasa akan diputuskan secara automatik untuk keselamatan. Anda
boleh menggunakan ketuhar seperti biasa selepas membiarkan ia
selama lebih dari 30 minit. Adalah baik anda membiarkan segelas air di
dalam ketuhar pada setiap masa. Air tersebut akan menyerap tenaga
gelombang mikro jika ketuhar dimulakan secara tidak sengaja.
AMARAN :
Jika pintu atau pengunci pintu rosak, ketuhar mesti tidak
digunakan sehingga ia dibaiki oleh orang yang layak.
AMARAN:
Cecair dan makanan lain tidak boleh dipanaskan di dalam
bekas yang dikedap kerana ia boleh meletup.
Jika alat ini dibanjiri, putuskan kuasa dengan segera dan sila hubungi
pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik
atau kebakaran.
Jika alat ini mengeluarkan bunyi bising, bau terbakar atau asap, cabut
palam kuasa dengan segera dan hubungi pusat perkhidmatan yang
terdekat dengan anda.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik
atau kebakaran.
Jangan cuba membaiki, merungkah, atau mengubah suai alat ini sendiri.
- Oleh kerana arus voltan tinggi memasuki casis produk, ini boleh
menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
- Anda mungkin terdedah kepada gelombang-gelombang elektromagnet.
- Apabila pembaikan alat ini diperlukan, hubungi pusat perkhidmatan
yang terdekat dengan anda.
AMARAN:
dalah merbahaya bagi seseorang selain daripada orang
yang cekap menjalankan sebarang servis atau pembaikan yang
melibatkan penanggalan penutup yang memberi perlindungan terhadap
pendedahan tenaga gelombang mikro.
Jika sebarang benda asing seperti air memasuki alat ini, cabut palam
kuasa dan hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik
atau kebakaran.
Jika asap kelihatan, matikan atau cabut palam alat dan pastikan pintu
ketuhar ditutp untuk memtikan api;
Tanda-tanda awas bagi menggunakan
Hanya gunakan perkakas yang sesuai bagi kegunaan di dalam ketuhar
gelombang mikro; JANGAN gunakan sebarang bekas logam, Perkasas
makan malam dengan kemasan emas atau perak, Pencucuk, garfu, dll.
Keluarkan ikatan wayar dari kertas atau beg plastik.
Sebab:
Pengarkaan atau pencucuhan elektrik boleh berlaku dan boleh
merosakkan ketuhar.
Apabila memanaskan makanan dalam bekas plastik atau kertas,
perhatikan ketuhar ntuk mengesan kemungkinan pencetusan bunga api;
Jumlah makan yang sedikit diperlukan bagi masakan singkat atau masa
pemanasan. Jika masa normal dibenarkan makanan mungkin terlebih
panas dan terbakar.
Anda mungkin mndengar bunyi Klik semasa operasi (terutamanya
semasa ketuhar sedang menyahfros).
Sebab :
Bunyi ini adalah normal apabila output kuasa elektrik sedang
bertukar.
BERJAGA-JAGA
CE103V_XSM-03714M-01_MA.indd 9
09/02/2011 18:42:04