10
BAHASA INGGERIS
Kanak-kanak TIDAK dibenarkan untuk menggunakan atau bermain
dengan ketuhar gelombang mikro. Mereka juga tidak harus dibiarkan
berada dekat dengan ketuhar gelombang mikro tanpa jagaan semasa
ia sedang digunakan. Barang-barang yang menarik minat kanak-kanak
tidak harus disimpan atau disembunyikan di atas ketuhar.
Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan mereka tida bermain
dengan alat ini.
Berhati-hati kerana minuman atau makanan mungkin sangat panas
selepas dipanaskan.
- Terutamanya apabila memberi makan kanak-kanak, periksa bagi
memastikan makanan tersebut telah sejuk secukupnya.
Berhati-hati apabila memanaskan cecair seperti air atau minuman lain.
- Pastikan anda mengacau semasa atau sesudah memasak.
- Elakkan daripada menggunakan bekas yang licin dengan leher yang
sempit.
- Keluarkan bekas sekurang-kurangnya 30 saat selepas pemanasan.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan limpahan
kandungan yang mendadak dan menyebabkan luka kebakaran.
Jangan pegang makanan atau sebarang bahagian semasa atau sejurus
selepas memasak.
- Gunakan sarung tangan memasak kerana ia mungkin sangat panas
dan anda boleh mendapat luka kebakaran.
- Jika anda menarik pinggan seramik atau dulang serbaguna ke depan,
makanan mungkin tumpah dan menyebabkan luka kebakaran.
Apabila permukaannya retak, matikan suis kuasa alat.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik.
Jangan calarkan kaca pintu ketuhar dengan benda tajam.
- Ini boleh menyebabkan kaca tersebut rosak atau pecah.
Jangan berdiri di atas alat ini atau letakkan benda (seperti kain baju,
penutup ketuhar, lilin yang menyala, rokok yang menyala, bekas, bahan
kimia, benda logam, dll) di atas alat ini.
- Benda-benda seperti kain, boleh tersepit pada pintu.
- Ini boleh menyebabkan kejutan elektrik, kebakaran, masalah dengan
produk, atau kecederan.
Jangan kendalikan alat ini dengan tangan yang basah.
- Ini boleh menyebabkan kejutan elektrik.
Jangan semburkan bahan meruap seperti ubat serangga pada
permukaan alat.
- Selain daripada bahayanya ke atas manusia, ia mungkin juga boleh
menyebabkan kejutan elektrik, kebakaran atau masalah dengan
produk.
Jangan kenakan tekanan atau hentaman berlebihan pada pintu atau
bahagian dalam alat.
- Ini boleh menyebabkan kecacatan pada produk atau kecederaan
disebabkan kebocoran gelombang elektrik.
- Bergayut pada pintu boleh menyebabkan produk ini jatuh dan
menyebabkan kecederaan.
- Jika pintunya rosak, jangan gunakan alat ini dan hubungi pusat
perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
Jangan letakkan alat ini di atas benda yang mudah pecah seperti sinki
atau benda kaca.
- Ini boleh menyebabkan kerosakan pada sinki atau benda kaca
tersebut.
Gunakan alat ini hanya selepas menutup pintunya.
- Jika anda menggunakan alat ini apabila ia dicemari oleh bahan-
bahan asing seperti sisa makanan, ia boleh menyebabkan masalah
dengan alat ini.
Berhati-hati apabila membuka bungkusan dari makanan yang baru
sahaja dikeluarkan dari alat ini.
- Jika makanan itu panas, wap panas mungkin dikeluarkan secara
mendadak apabila anda membuka bungkusan dan anda mungkin
mendapat luka kebakaran.
Jangan cabut palam alat ini dengan menarik kord kuasanya, sentiasa
genggam palam dengan kukuh dan tarik terus dari soket.
- Kerosakan pada kord boleh menyebabkan litar pintas, kebakaran
dan/atau kejutan elektrik.
CE103V_XSM-03714M-01_MA.indd 10
09/02/2011 18:42:04