![background image](http://html1.mh-extra.com/html/omron/jpn710t/jpn710t_instruction-manual_741801071.webp)
70
MS
4. Penyelenggaraan
4.1 Penyelenggaraan
Untuk melindungi monitor anda daripada rosak, ikuti arahan di bawah:
Perubahan atau pengubahsuaian yang tidak diluluskan oleh pengilang akan membatalkan waranti pengguna.
4.2 Penyimpanan
• Pastikan monitor anda dalam bekas penyimpanannya apabila tidak digunakan.
1. Tanggalkan kaf lengan daripada monitor.
2. Lipat tiub udara secara lembut ke dalam kaf lengan. Perhatian: Jangan
bengkokkan atau renyukkan tiub udara secara berlebihan.
3. Tempatkan monitor anda dan komponen lain ke dalam bekas penyimpanan.
• Simpan monitor anda dan komponen lain di tempat yang bersih dan selamat.
• Jangan simpan monitor anda dan komponen lain:
• JIka monitor dan komponen yang lain basah.
• Di lokasi yang terdedah kepada suhu ekstrem, kelembapan, sinar matahari
langsung, debu atau wap mengkakis seperti peluntur.
• Di tempat yang terdedah kepada getaran dan kejutan.
4.3 Pembersihan
• Jangan guna pencuci yang melelas atau mudah meruap.
• Guna kain yang kering dan lembut atau kain lembut yang dilembapkan dengan detergen lembut (neutral) untuk membersihkan monitor dan kaf lengan anda,
dan kemudian lap dengan kain yang kering.
• Jangan basuh atau rendam monitor dan kaf lengan anda atau komponen lain di dalam air.
• Jangan guna gasolin, pencair atau pelarut yang serupa untuk membersihkan monitor dan kaf lengan atau komponen yang lain.
4.4 Penentukuran dan Perkhidmatan
• Ketepatan monitor tekanan darah ini telah diuji dengan teliti dan direka bentuk untuk hayat perkhidmatan yang lama.
• Disarankan secara am supaya memastikan unit ini diperiksa setiap dua tahun bagi memastikan fungsi dan ketepatan yang betul. Sila rujuk pada pengedar OMRON anda yang sah
atau Khidmat Pelanggan OMRON di alamat yang diberi pada bungkusannya atau risalah yang dilampirkan.
Perhatian
JANGAN merungkai atau cuba membaiki monitor ini atau komponen lain. Ini boleh mengakibatkan bacaan yang tidak tepat.
Perhatian
Untuk mencabut palam udara, tarik pada palam udara plastik di pangkal tiub, bukan pada tiub itu sendiri.
Summary of Contents for JPN710T
Page 80: ...5613032 7A ...
Page 108: ...5613033 5B ...