![Omron JPN710T Instruction Manual Download Page 73](http://html1.mh-extra.com/html/omron/jpn710t/jpn710t_instruction-manual_741801073.webp)
72
MS
Mengenai interferens komunikasi tanpa wayar
Produk ini beroperai dalam jalur ISM tanpa lesen pada 2.4 GHz. Sekiranya Produk ini
digunakan berdekatan peranti tanpa wayar lain seperti gelombang mikro dan LAN
tanpa wayar, yang beroperasi dalam jalur frekuensi sama seperti Produk ini, terdapat
kemungkinan bahawa interferens boleh berlaku. Jika interferens berlaku, hentikan
operasi peranti lain atau alihkan Produk ini jauh daripada peranti tanpa wayar lain
sebelum cuba menggunakannyta.
6. Maklumat Penting Tentang Keserasian
Elektromagnet (EMC)
JPN710T mematuhi standard Keserasian Elektromagnetik (EMC) IEC 60601-1-2:2014 /
EN 60601-1-2:2015.
Dokumentasi lanjut berlandaskan standard EMC ini boleh didapati di
Korea: https://www.omron-healthcare.co.kr/product/JPN710T
Taiwan: https://www.omronhealthcare.com.tw/EMC
Rujuk pada maklumat EMC untuk JPN710T di laman web ini.
7. Panduan dan Pengisytiharan Pengilang
• Produk OMRON ini dikeluarkan di bawah sistem kualiti OMRON HEALTHCARE Co.,
Ltd., Japan, yang ketat. Komponen Teras monitor tekanan darah OMRON ini, iaitu
Sensor Tekanan, dikeluarkan di Jepun.
8. Cara Mengira Purata Mingguan
Pengiraan Purata Mingguan Pagi
Ini ialah purata ukuran yang diambil pada waktu pagi (4:00 pg - 9:59 pg) antara hari
Ahad dengan Sabtu. 2 atau 3 bacaan yang diambil dalam rangka masa 10 minit
pertama pada waktu pagi antara pukul 4:00 pg - 9:59 pg akan digunakan untuk
mengira purata waktu pagi setiap hari.
Pengiraan Purata Mingguan Petang
Ini ialah purata ukuran yang diambil pada waktu petang (7:00 mlm - 1:59 pg) antara
hari Ahad dengan Sabtu. 2 atau 3 bacaan yang diambil dalam rangka masa 10 minit
pertama pada waktu petang antara pukul 7:00 mlm - 1:59 pg akan digunakan untuk
mengira purata waktu petang setiap hari.
Ukuran pada
waktu pagi
Dala
m
te
m
poh 10
m
in.
Dala
m
te
m
poh 10
m
in.
Ukuran pada
waktu petang
Summary of Contents for JPN710T
Page 80: ...5613032 7A ...
Page 108: ...5613033 5B ...