65
1. Pengenalan
Terima kasih kerana membeli Monitor Tekanan Darah Automatik OMRON. Monitor
tekanan darah ini menggunakan kaedah mengukur tekanan darah osilometrik. Ini
bererti monitor ini mengesan pergerakan darah melalui arteri brakium dan menukar
pergerakan ini kepada bacaan digital
1.1 Arahan Keselamatan
Manual arahan ini memberi anda maklumat penting tentang Monitor Tekanan Darah
Automatik OMRON. Untuk memastikan bahawa pemantau ini digunakan secara
selamat dan betul, BACA dan FAHAMI kesemua arahan ini.
Jika anda tidak faham
arahan ini atau ada apa-apa pertanyaan, hubungi wakil OMRON tempatan anda
sebelum cuba menggunakan monitor ini. Untuk mendapatkan maklumat khusus
tentang tekanan darah anda, sila rujuk pada doktor anda.
1.2 Tujuan Penggunaan
Peranti ini adalah pemantau digital yang bertujuan untuk mengukur tekanan darah
dan kadar nadi dalam kalangan khalayak pesakit dewasa. Peranti ini mengesan
sekiranya terdapat degupan jantung yang tidak sekata semasa mengukur dan
memberi isyarat amaran yang disertakan dengan bacaan. Peranti ini direka
terutamanya untuk kegunaan am di rumah.
1.3 Penerimaan dan Pemeriksaan
Keluarkan pemantau ini dan komponen lain daripada bungkusan dan periksa untuk
melihat sama ada terdapat kerosakan. Jika pemantau ini atau komponen lain rosak,
JANGAN GUNA dan rujuk wakil OMRON tempatan anda.
2. Maklumat Keselamatan Penting
Baca Maklumat Keselamatan Penting dalam manual arahan ini sebelum menggunakan
monitor ini. Ikuti manual arahan ini sepenuhnya demi keselamatan anda.
Simpan untuk rujukan pada masa hadapan. Untuk mendapatkan maklumat khusus
mengenai tekanan darah anda sendiri, RUJUK PADA DOKTOR ANDA.
• JANGAN guna monitor ini pada bayi, kanak-kanak kecil, kanak-kanak atau individu
yang tidak dapat melahirkan perasaan mereka.
• JANGAN melaraskan ubat berdasarkan bacaan daripada pemantau tekanan darah
ini. Ambil ubat sebagaimana yang diarahkan oleh doktor anda. HANYA doktor sahaja
yang layak melakukan diagnosis dan merawat tekanan darah tinggi.
• JANGAN guna monitor ini pada lengan yang tercedera atau lengan yang digunakan
untuk menjalani rawatan perubatan.
• JANGAN guna kaf lengan ini pada lengan anda semasa terdapat drip intravenus atau
yang sedang menjalani transfusi darah.
• JANGAN guna monitor ini di kawasan yang mengandungi peralatan pembedahan
frekuensi tinggi (HF), peralatan pengimejan resonans magnetik (MRI), pengimbas
tomografi berkomputer (CT). Ini boleh mengakibatkan peranti ini beroperasi secara
tidak betul dan/atau mengakibatkan bacaan yang tidak tepat.
• JANGAN guna monitor ini dalam persekitaran yang kaya oksigen atau hampir
dengan gas mudah terbakar.
• Rujuk doktor anda sebelum menggunakan monitor ini jika anda menghidap aritmia
biasa seperti degupan pramatang atrium atau ventrikular atau pemfibrilan atrium;
sklerosis arteri; perfusi lemah; diabetes; kehamilan; pra-eklampsia atau penyakit
renal. HARAP MAKLUM bahawa mana-mana masalah ini di samping pergerakan,
geletar, atau gigil pesakit boleh mempengaruhi bacaannya.
• JANGAN SEKALI-KALAI melakukan diagnosis atau merawat diri anda sendiri
berdasarkan bacaan anda. SENTIASA rujuk pada doktor anda.
• Untuk mengelak daripada tercekik, pastikan tiub udara dan kabel penyesuai AC jauh
daripada bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak.
• Produk ini mengandungi bahagian kecil yang boleh menyebabkan bahaya tercekik
jika ditelan oleh bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak.
Penghantaran Data
• Produk ini memancarkan frekuensi radio (RF) dalam jalur 2.4 GHz. JANGAN guna
produk ini di lokasi di mana RF dihadkan, seperti dalam kapal terbang atau di
hospital. Matikan ciri
Bluetooth
® dalam monitor ini, keluarkan bateri dan/atau cabut
penyesuai AC apabila berada di akasan RF yang dihadkan.
Pengendalian dan penggunaan penyesuai AC (aksesori pilihan)
• JANGAN guna penyesuai AC jika monitor ini atau kabel penyesuai AC tersebut rosak.
Jika monitor ini atau kabel berkenaan rosak, matikan kuasa dan cabut palam
penyesuai AC tersebut dengan serta-merta.
• Sambungkan palam penyesuai AC ke saluran keluar voltan yang sesuai. JANGAN
guna palam berbilang soket.
• JANGAN SEKALI-KALI memasang palam penyesuai AC atau mencabut penyesuai
AC ini daripada salur keluar elektrik menggunakan tangan yang basah.
• JANGAN merungkai atau cuba membaiki penyesuai AC ini.
Pengendalian dan Penggunaan Bateri
• Pastikan bateri di luar capaian bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak.
• Berhenti menggunakan monitor ini dan rujuk pada doktor anda jika anda
mengalami kerengsaan kulit atau rasa tidak selesa.
• Rujuk pada doktor anda sebelum menggunakan monitor anda pada lengan yang
terdapat akses atau terapi intravaskular, atau syun arteriovena (A-V), kerana
gangguan sementara kepada aliran darah dan boleh mengakibatkan kecederaan.
• Rujuk pada doktor anda sebelum menggunakan monitor ini jika anda pernah
menjalani mastektomi.
2.1 Amaran
Menunjukkan keadaan yang berpotensi menimbulkan
bahaya yang boleh mengakibatkan kematian atau
kecederaan serius jika tidak dielakkan.
MS
2.2 Berhati-hati
Menandakan situasi yang mungkin berbahaya,
yang dapat menyebabkan pengguna atau pasien
mengalami cedera ringan atau sederhana, atau
menyebabkan kerosakan pada peralatan atau
benda lainnya, apabila tidak dihindari.
Summary of Contents for JPN710T
Page 80: ...5613032 7A ...
Page 108: ...5613033 5B ...