62
63
9. Pastikan ruang akses yang mencukupi dari sisi untuk pemasangan
dan penyenggaraan.
NOTA:
Sink tidak harus dipasang pemalam.
2. Mengeluarkan item.
AMARAN
Berhati-hati semasa mengeluarkan komponen. Mungkin terdapat sisi/
bucu tajam yang boleh mengakibatkan kecederaan atau membawa
mudarat.
1. Pasangkan kotak dan salur.
a) Pasangkan penutup pada salur.
b) Lekatkan salur pada penutup logam menggunakan (5) skru dan
sesendal (dibekalkan).
c) Berhati-hati semasa mengendalikan pemasangan logam.
3. Memasang penutup logam.
1. Tandakan bahagian tengah pili ke lantai.
2. Pada pasak dinding, tandakan lokasi lubang skru untuk titik
pemasangan bagi:
a) pengapit atas pada salur dan
b) bebibir penutup logam.
3. Gerudi lubang.
AWAS:
Jangan gunakan plat belakang sebagai
panduan apabila menggerudi.
4. Skrukan pengapit atas dan penutup logam pada pasak dinding.
Anda disarankan untuk menggunakan skru kayu benam balas
(dibekalkan) untuk mengelaknya daripada menganjur ke dalam
dinding.
4. Menyediakan sambungan bekalan elektrik dan air.
AMARAN: Risiko renjatan elektrik!
NOTA:
Unit ini mesti dibumikan.
a) Agar kerja anda menjadi lebih mudah, Dyson menyarankan agar
anda meletakkan konduit untuk bekalan elektrik dan air campur ke
dalam penutup logam sebelum memasang plat belakang.
b) Cucuk satu lubang kecil di gromet bawah dan masukkan salur
bekalan elektrik. Gunakan konduit dan lekapan elektrik yang sesuai.
Pastikan konduit dan wayar ini cukup panjang untuk bersambung ke
plat belakang dan blok terminal.
c) Cucuk satu lubang kecil di gromet atas dan masukkan salur bekalan
air campur.
5. Pasang papan lepa.
MUSTAHAK:
Sebelum memulakan peringkat ini, pastikan semua
ukuran adalah tepat dan anda mengetahui langkah-langkah dalam
prosedur ini.
Peringkat 1:
Ukur papan lepa Letakkan plat belakang pada pasak.
Pastikan lokasi berikut diukur dan ditandakan dengan betul:
1. Lubang untuk batang pili. Jarak di antara bahagian atas pinggir
sink yang ditetapkan dan pusat lubang pili hendaklah berukuran
121mm.
2. Empat lubang untuk skru simpai cagak batang pili.
3. Ketinggian sink dan permukaan kerja (biasanya 800mm atau
sebagaimana dikehendaki).
4. Lubang akses untuk plat belakang/unit motor.
Peringkat 2:
Lekatkan papan lepa pada pasak 1. Lekatkan papan
lepa pada pasak menggunakan lekapan yang sesuai.
2. Potong lubang yang telah ditanda dengan betul untuk:
a) Batang pili dan (4) skru lekapan untuk simpai cagak batang pili.
b) Plat belakang dan unit timba motor.
NOTA:
Gunakan pasak dinding di belakang dinding sebagai
panduan menegak untuk memotong.
Peringkat 3:
Lekatkan permukaan kerja pada papan lepad
1. Pasangkan permukaan kerja dan sink kepada papan lepa pada
ketinggian yang betul.
2. Siapkan permukaan dinding sebagaimana dikehendaki.
3. Bersihkan puing dari penutup logam. Pastikan penutup logam
bersih dan tidak berhabuk
6. Pasang plat belakang dan hos.
Plat belakang
1. Tanggalkan timba motor dari plat belakang: tekan penangkap
lepas di bahagian bawah dan angkat. Letakkan timba motor di tepi
dan simpan dengan selamat sehingga diperlukan.
2. Tanggalkan penutup paip air dan penutup peranti elektrik dari plat
belakang. Letakkan di tepi dan simpan skru dengan selamat.
3. Sisipkan plat belakang ke dalam penutup logam di atas titik
lekapan. Lekatkan dengan empat nat (dibekalkan).
Hos
1. Tanggalkan tukup perapi.
2. Sisipkan kedap getah pada batang pili.
3. Sisipkan hos di atas tiub air dan kabel komunikasi.
4. Masukkan tiub air melalui lubang keluar yang betul pada salur
hos seperti yang ditunjukkan. Gunakan playar untuk menarik tiub air
dengan berhati-hati sehingga ke garisan putih. Pastikan gromet pada
tiub air dipasang dengan ketat ke dalam salur hos supaya ia kedap
udara.
5. Masukkan kabel komunikasi melalui lubang keluar yang betul
seperti yang ditunjukkan. JANGAN GUNAKAN PLAYAR supaya
sambungan elektrik tidak rosak. Pastikan gromet pada kabel
terpasang rapi pada salur hos supaya hos kedap udara.
6. Skrukan bahagian atas simpai hos pada batang kepala paip
sehingga ketat.
7. Masukkan batang pili dan hos melalui lubang pada papan lepa
dan ke dalam salur logam. Pastikan tiub air dan kabel komunikasi
dimasukkan terlebih dahulu. Kedap getah akan mengisi ruang di
antara pili dan dinding.
7. Pasangkan pili.
1. Lekatkan simpai cagak permukaan pili kepada papan lepa dengan
(4) skru (dibekalkan). Pastikan skru selari dengan lubang dalam
pendakap pili di belakang papan lepa. Pastikan pili tegak sebelum
mengetatkannya.
2. Skrukan tukup perapi dan ketatkan menggunakan tangan.
Perhatian:
Jangan letak pengesan paip yang menghadap ke bawah
di atas permukaan memantul, seperti lubang saliran.
8. Sambungkan kabel komunikasi dan hos.
1. Palamkan kabel komunikasi di dalam hos ke dalam penyambung di
plat belakang seperti yang ditunjukkan. Periksa orientasi penyambung
– kedua-dua tab mestilah selari.
Pastikan kabel dimasukkan dengan betul di dalam saluran di plat
belakang.
2. Klipkan hos pada plat belakang.
9. Sambungkan tiub air.
1. Potong tiub air mengikut saiz di garisan putih bertitik.
2. Sisipkan klip lekapan (dibekalkan) pada tiub air.
3. Sambungkan tiub air kepada sambungan air di plat belakang
seperti yang ditunjukkan.
4. Lekatkan dengan klip lekapan.
10. Sambungkan kabel kuasa elektrik utama.
AMARAN: Risiko renjatan elektrik!
1. Sambungkan bekalan elektrik menggunakan konduit dan peralatan
elektrik yang sesuai. Pastikan konduit dan wayar ini cukup panjang
untuk bersambung ke plat belakang dan blok terminal. Ketatkan
sesendal kabel.
2. Lekatkan wayar hidup dan neutral di lokasi blok terminal yang
sepadan. Sahkan sambungan ini betul sebelum meneruskan.
11. Pasang penutup elektrik.
• Lokasi lekapan penutup eletrik
6x lekapan disertakan
Pasangkan penutup elektrik seperti yang ditunjukkan dengan (6)
lekapan. Pastikan wayar tidak terjepit semasa memasang penutup.
12. Sambungkan bekalan air campur.
1. Sambungkan bekalan air campur terpencil kepada sambungan
pada plat belakang.
2. Buka paip.
13. Pastikan tiada kebocoran dan pasang penutup paip air.
1. Hidupkan suis.
2. KITARAN PENENTUKURAN: Setelah pili dipasang di atas sinki,
penderia memerlukan masa untuk menentukur kepada sinki dan
persekitaran.; Apabila kuasa dihidupkan, pili akan melalui kitaran
penentukuran selama 30 saat untuk menganalisis objek berhampiran
penderia. ;Pastikan tiada objek atau puing berada di dalam sinki
pada masa ini dan jangan cuba pasang udara atau air. Selepas
30 saat, anda boleh menggunakan pili seperti biasa.;Jika terdapat
masalah dengan penderia, sila matikan mesin dan hidupkannya
semula untuk mengulangi kitaran penentukuran.
Содержание AB11
Страница 1: ...Installation guide...
Страница 21: ...21 8 bar 0 8Mpa 1 bar 0 1Mpa HACCP International 2 5 CN 8 bar 0 8Mpa 1 bar 0 1Mpa HACCP 2 5 JP...
Страница 26: ...26 AE Dyson Dyson 1 8 HACCP International 2 5 Dyson Dyson...
Страница 27: ...27 IL Dyson Dyson 1 0 8Mpa 8 0 1Mpa HACCP International 2 5 Dyson Dyson...
Страница 74: ...74 12 1 2 13 1 2 30 30 3 4 14 1 2 3 1 2 3 4 4 5...