Bahasa Melayu 39
Peny
ele
saian masalah dan k
od maklumat
Penyelesaian masalah dan kod maklumat
Penyelesaian masalah
Jika anda menghadapi sebarang masalah yang disenaraikan di bawah cuba penyelesaian yang
diberikan.
Masalah
Punca
Tindakan
Umum
Butang tidak boleh
ditekan dengan betul.
Benda asing mungkin tersangkut
di antara butang.
Alihkan benda asing dan cuba lagi.
Untuk model sentuh: Lembapan di
bahagian luar.
Lapkan lembapan daripada
bahagian luar.
Kunci Kanak-Kanak diaktifkan.
Nyahaktifkan Kunci Kanak-Kanak.
Masa tidak
dipaparkan.
Fungsi Eko (jimat tenaga)
dilaraskan.
Matikan fungsi Eko.
Ketuhar gelombang
mikro tidak
berfungsi.
Kuasa tidak dibekalkan.
Pastikan kuasa dibekalkan.
Pintu terbuka.
Tutup pintu dan cuba lagi.
Mekanisma keselamatan pintu
terbuka diliputi dengan benda
asing.
Alihkan benda asing dan cuba lagi.
Ketuhar gelombang
mikro terhenti
semasa operasi.
Pengguna telah membuka pintu
untuk membalikkan makanan.
Selepas membalikkan makanan,
tekan butang
START/+30s
(MULA/+30s)
sekali lagi untuk
memulakan operasi.
Tip dan cara yang berkesan
Mencairkan madu batu
Letakkan 20 g madu batu di dalam bekas kaca kecil yang dalam.
Panaskan selama 20-30 saat menggunakan 300 W, sehingga madu cair.
Mencairkan gelatin
Letakkan kepingan gelatin kering (10 g) selama 5 minit dalam air sejuk.
Letakkan gelatin yang telah dituskan di dalam mangkuk pyrex kaca yang kecil.
Panaskan selama 1 minit menggunakan 300 W.
Kacau selepas cair.
Memasak gerlis/aising (untuk kek dan gateaux)
Campurkan gerlis segera (kira-kira 14 g) dengan 40 g gula dan 250 ml air sejuk.
Masak tanpa ditutup dalam mangkuk pyrex kaca selama 3½ hingga 4½ minit menggunakan 800 W,
sehingga gerlis/aising menjadi lut sinar. Kacau dua kali semasa memasak.
Memasak jem
Letakkan 600 g buah-buahan (contohnya beri campur) di dalam mangkuk pyrex kaca bertutup yang
sesuai saiznya. Tambahkan 300 g gula penjeruk dan kacau rata. Masak bertutup selama 10-12 minit
menggunakan 800 W.
Kacau rata beberapa kali semasa memasak. Tuangkan langsung ke dalam gelas-gelas jem yang kecil
dengan penutup putar. Biarkan pada penutup selama 5 minit.
Memasak puding/kastard
Campurkan serbuk puding dengan gula dan susu (500 ml) dengan mengikut arahan pembuat dan
kacau rata. Gunakan mangkuk pyrex kaca bertutup yang sesuai saiznya. Masak bertutup selama 6½
hingga 7½ minit menggunakan 800 W.
Kacau rata beberapa kali semasa memasak.
Memerangkan hirisan badam
Selerakkan 30 g badam yang dihiris dengan rata di atas pinggan seramik bersaiz sederhana.
Kacau beberapa kali semasa pemerangan selama 3½ hingga 4½ minit menggunakan 600 W.
Biarkan ia selama 2-3 minit di dalam ketuhar. Gunakan sarung tangan ketuhar semasa mengeluarkan!
Panduan memasak
MG23T5018CK_SM_DE68-04594N-01_MS.indd 39
2020-04-28 �� 9:02:04