34 Bahasa Melayu
Panduan memasak
Panduan memasak
Masa biar yang disarankan selepas memanaskan semula ialah 2-4 minit, kecuali masa yang lain
disyorkan di dalam carta.
Anda harus amat berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi. Lihat juga bab
mengenai langkah-langkah keselamatan.
Memanaskan semula cecair
Sentiasa berikan masa biar selama sekurang-kurangnya 20 saat selepas ketuhar dimatikan untuk
membolehkan suhunya menjadi seimbang. Kacau semasa memanaskan, jika perlu, dan SENTIASA
kacau selepas memanaskan. Untuk mencegah didihan yang membuak-buak dan kemungkinan kulit
anda melecur, anda harus meletakkan sudu atau batang kaca ke dalam minuman dan kacau sebelum,
semasa dan selepas memanaskannya.
Memanas semula makanan bayi
Makanan bayi:
Tuang ke dalam pinggan seramik yang dalam. Tutup dengan penutup plastik. Kacau rata selepas
memanaskan semula!
Biarkan selama 2-3 minit sebelum menghidangkan. Kacau sekali lagi dan periksa suhunya.
Suhu hidangan yang disarankan: antara 30-40 °C.
Susu bayi:
Tuang susu ke dalam botol kaca yang telah disteril. Panaskan tanpa ditutup. Jangan sesekali
memanaskan botol bayi dengan putingnya sekali, kerana botol boleh meletup jika terlampau panas.
Goncang betul-betul sebelum masa biar dan sekali lagi sebelum menghidangkan ! Sentiasa periksa
suhu susu atau makanan bayi dengan teliti sebelum memberinya kepada bayi. Suhu hidangan yang
disarankan: ca. 37 °C.
Catatan:
Makanan bayi terutamanya perlu diperiksa dengan teliti sebelum dihidangkan bagi mencegah
berlakunya lecur. Gunakan aras kuasa dan masa di dalam jadual yang berikutnya sebagai garis
panduan untuk memanaskan semula.
Memanaskan semula cecair dan makanan
Gunakan aras kuasa dan masa di dalam jadual ini sebagai garis panduan untuk memanaskan semula.
Makanan
Saiz Hidangan
Kuasa
Masa (min.)
Minuman (Kopi, Teh
dan Air)
150 ml (1 cawan)
250 ml (1 koleh)
800 W
1-1½
1½-2
Arahan
Tuangkan ke dalam cawan dan panaskan semula tanpa ditutup.
Letakkan cawan / gelas di tengah piring putar. Biarkan di dalam
ketuhar microwave (gelombang mikro) semasa masa biar dan kacau
rata. Biarkan selama 1-2 minit.
Sup (Dingin)
250 g
800 W
3-3½
Arahan
Tuang ke dalam pinggan seramik yang dalam. Tutup dengan penutup
plastik. Kacau rata selepas memanaskan semula. Kacau sekali lagi
sebelum menghidangkannya. Biarkan selama 2-3 minit.
Stew (Dingin)
350 g
600 W
5½-6½
Arahan
Letakkan stew ke dalam pinggan seramik yang dalam. Tutup dengan
penutup plastik. Kacau sekali-sekala semasa memanaskan semula dan
sekali lagi sebelum membiarkan dan menghidangkannya. Biarkan
selama 2-3 minit.
Pasta dengan Sos
(Dingin)
350 g
600 W
4½-5½
Arahan
Letakkan pasta (contohnya spageti atau mi telur) di atas pinggan
seramik leper. Tutup dengan plastik lekap gelombang mikro. Kacau
sebelum menghidangkannya. Biarkan selama 3 minit.
Pasta Berisi Sos
(Dingin)
350 g
600 W
5-6
Arahan
Letakkan pasta yang diisi (contohnya ravioli, tortelini) di dalam
pinggan seramik yang dalam. Tutup dengan penutup plastik. Kacau
sekali-sekala semasa memanaskan semula dan sekali lagi sebelum
membiarkan dan menghidangkannya. Biarkan selama 3 minit.
MG23T5018CK_SM_DE68-04594N-01_MS.indd 34
2020-04-28 �� 9:02:04