4
Pencegahan keselamatan
Sentiasa mengikuti arahan berikut
Untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya kecederaan kepada pengguna atau kerosakan harta benda, sila patuhi semua penerangan
yang dinyatakan di bawah.
Simbol ini menunjukkan perbuatan yang WAJIB DILAKUKAN.
Simbol ini menunjukkan perbuatan yang DILARANG.
AMARAN
Keadaan yang mungkin disebabkan oleh kecuaian dalam mengendalikan produk, yang
mana, jika tidak dielakkan, boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan parah kepada
pengguna.
AWAS
Keadaan yang mungkin disebabkan oleh kecuaian dalam mengendalikan produk, yang
mana, jika tidak dielakkan, boleh mengakibatkan kecederaan kepada pengguna atau
kerosakan harta benda.
AMARAN
Jangan pasang Kipas Siling berhampiran dengan
bahan kimia dan alkali.
Boleh menyebabkan kebakaran, letupan, litar pintas dan
kejutan elektrik.
Elakkan kerosakan pada wayar semasa pemasangan
seperti wayar berubah bentuk kerana panas, terpulas,
bengkok, dsb.
Boleh menyebabkan kebakaran, letupan, litar pintas dan
kejutan elektrik.
Jangan gunakan bekalan kuasa selain dari
voltan yang telah ditetapkan.
Pemanasan yang terlampau boleh menyebabkan kejutan
elektrik dan kebakaran.
Jangan masukkan sebarang logam ke dalam ruang
bateri bersama-sama Bateri.
Boleh menyebabkan kebakaran, letupan, litar pintas dan
kejutan elektrik.
Jangan bergantung pada Kipas Siling.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling
terjatuh.
Jangan buka sebarang bahagian-bahagian Kipas
Siling melainkan dinyatakan di dalam panduan ini.
Hendaklah menggunakan bahagian-bahagian yang
dibekalkan sahaja.
Boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik,
kecederaan dan Kipas Siling terjatuh.
Jangan sentuh Kipas Siling ketika ia sedang
beroperasi.
Boleh menyebabkan kecederaan, kerosakan dan Kipas
Siling terjatuh.
Jangan percikkan air ke Kipas Siling atau jangan
basahkan Kipas Siling.
Boleh menyebabkan kebakaran, letupan, litar pintas dan
kejutan elektrik.
Sila rujuk kepada semua arahan yang diberikan
dalam panduan ini untuk pemasangan.
Kerja elektrikal atau kerja pemasangan mesti
dilakukan oleh orang yang bertauliah.
Kesilapan pemasangan boleh menyebabkan kebakaran,
kejutan elektrik, kecederaan dan Kipas Siling terjatuh.
Putuskan bekalan kuasa dan tunggu sehingga Bilah
Kipas berhenti sepenuhnya, sebelum membersihkan
atau membuat kerja penyelenggaraan.
Boleh menyebabkan kecederaan dan kejutan elektrik jika
Kipas Siling bergerak secara tiba-tiba.
Sila rujuk wakil penjual anda untuk isu pembaikan atau
penyelenggaraan.
Ketatkan Skru Bilah Kipas dengan kukuh
menggunakan pemutar skru. (250-300 N•cm)
Boleh menyebabkan kecederaan jika Bilah Kipas terjatuh.
Pastikan Plat Hanger boleh menanggung beban 10
kali ganda berat Kipas Siling.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling
terjatuh.
Berhenti menggunakan Kipas Siling apabila apa-apa
keganjilan atau kegagalan berlaku dan putar Pemutus
Litar Miniatur
(MCB) kepada “OFF”.
Risiko asap, kebakaran, kejutan elektrik dan terjatuh.
Sila hubungi wakil penjual anda untuk membaiki atau
penyelenggaraan.
Tanggalkan Kipas Siling yang patah atau yang
mengalami kerosakan.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling
terjatuh.
Jika berlaku pergerakan berayun yang luar biasa,
berhenti menggunakan Kipas Siling dengan segera
dan hubungi pengilang, ejen servis atau individu
yang bertauliah.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling
terjatuh.
Elakkan memasang Kipas Siling di tempat berminyak
dan berhabuk.
Boleh menyebabkan kebakaran, letupan, litar pintas dan
kejutan elektrik.
Jangan pasang Kipas Siling di kawasan yang
berhampiran dengan barang mudah terbakar seperti
dapur gas.
Boleh menyebabkan kebakaran, letupan, litar pintas dan
kejutan elektrik.