Menggunakan pencukur
Nota: Pencukur ini boleh digunakan di dalam tab mandi atau semasa mandi. Atas sebab-
sebab keselamatan, pencukur tidak boleh digunakan terus dari sesalur kuasa.
Petua dan teknik mencukur
- Pencukur ini sesuai untuk kegunaan basah dan kering. Gunakan pencukur dengan
gel cukuran atau busa untuk keselesaan tambahan pada kulit, atau gunakan
pencukur kering agar lebih mudah lagi.
Nota: Kami menasihati anda agar menggunakan pencukur dengan gel pencukur atau
busa ketika anda menggunakannya untuk mencukur basah. Jangan gunakan krim
pencukur yang pekat atau minyak pencukur dengan pencukur ini.
- Untuk mendapatkan hasil optimum, buat pergerakan bulatan semasa
menggunakannya.
- Pencukur ini kalis air dan boleh digunakan di dalam tab mandi dan di bawah
pancuran.
- Kulit anda mungkin memerlukan 2 hingga 3 minggu untuk membiasakan diri
dengan sistem cukuran Philips.
Pencukuran basah
1
Bubuh sedikit air pada kulit anda. (Gamb. 5)
2
Bubuh busa cukur atau gel cukur pada kulit anda. (Gamb. 6)
3
Bilas unit pencukur di bawah paip untuk memastikan unit pencukur meluncur
dengan licin melalui kulit anda.
4
Tekan butang hidup/mati sekali untuk menghidupkan pencukur.
5
Gerakkan kepala pencukur pada kulit anda dalam gerakan bulatan.. (Gamb. 7)
Nota: Bilas pencukur di bawah paip dengan berkala untuk memastikan ia meluncur
dengan licin melalui kulit anda.
6
Selepas mencukur, tekan butang hidup/mati sekali untuk mematikan pencukur
dan keringkan muka anda.
7
Bersihkan alat pencukur (lihat bab ‘Pembersihan dan penyenggaraan’).
Nota: Pastikan anda membilas semua busa atau gel cukur keluar daripada pencukur.
Pencukuran kering
Petua: Pastikan kulit anda sudah kering sepenuhnya supaya pencukur luncur dengan licin
pada kulit anda.
1
Tekan butang hidup/mati sekali untuk menghidupkan pencukur.
2
Gerakkan kepala pencukur pada kulit anda dalam gerakan bulatan. (Gamb. 8).
3
Selepas mencukur, tekan butang hidup/mati sekali untuk mematikan pencukur.
4
Bersihkan alat pencukur (lihat bab ‘Pembersihan dan penyenggaraan’).
Merapi (AT620 sahaja)
Anda boleh menggunakan perapi untuk merapikan jambang dan misai anda.
1
Tolak gelangsar pelepas perapi ke bawah untuk membuka perapi. (Gamb. 9)
2
Tekan butang hidup/mati sekali untuk menghidupkan pencukur.
,
Anda kini boleh memulakan perapian.
3
Selepas merapi, tekan butang hidup/mati sekali untuk mematikan pencukur.
4
Bersihkan perapi (lihat bab ‘Pembersihan dan penyenggaraan’).
5
Tutupkan perapi (‘klik’) (Gamb. 10).
Pembersihan dan penyelenggaraan
Jangan sekali-kali gunakan udara termampat, pad penyental, agen pembersih
yang melelas atau cecair yang agresif seperti minyak petrol atau aseton untuk
membersihkan pencukur.
Setiap kali anda hendak membersihkan pencukur di bawah paip, pastikan plagnya
telah ditanggalkan.
- Bersihkan pencukur selepas setiap cukuran untuk prestasi yang optimum.
- Pembersihan yang tetap menjamin prestasi pencukuran yang lebih baik.
- Untuk mendapatkan hasil pembersihan terbaik, kami menasihati anda agar
menggunakan Penyembur pembersih Philips (HQ110).
- Berhati-hati apabila menggunakan air panas. Anda hendaklah setiap kali
memeriksa bahawa air tidak terlalu panas, untuk mengelakkan tangan anda
daripada melecur.
Nota: Air mungkin bocor keluar daripada soket di bahagian bawah pencukur ketika anda
membilasnya. Ini adalah normal dan tidak merbahaya kerana semua bahagian elektronik
dilindungi di dalam unit kuasa yang kedap di dalam pencukur.
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan
simpan ia untuk rujukan masa depan.
Bahaya
- Pastikan penyesuai tidak menjadi basah (Gamb. 2).
Amaran
- Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk menggantinya
dengan plag yang lain, kerana ini akan menyebabkan keadaan berbahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-
kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberi pengawasan atau
arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab
atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain
dengan perkakas ini.
- Setiap kali anda hendak membersihkan pencukur di bawah paip, pastikan plagnya
telah ditanggalkan.
Awas
- Jangan sekali-kali gunakan air yang lebih panas daripada 80°C untuk membilas
pencukur tersebut.
- Berhati-hati apabila menggunakan air panas. Anda hendaklah setiap kali
memeriksa bahawa air tidak terlalu panas, untuk mengelakkan tangan anda
daripada melecur.
- Pencukur ini tidak kalis mesin basuh pinggan mangkuk.
- Air mungkin bocor keluar daripada soket di bahagian bawah pencukur ketika
anda membilasnya. Ini adalah normal dan tidak merbahaya kerana semua bahagian
elektronik dilindungi di dalam unit kuasa yang kedap di dalam pencukur.
- Jangan gunakan pencukur atau penyesuai jika ia rosak, kerana ini boleh
menyebabkan kecederaan. Sentiasa gantikan penyesuai atau bahagian yang rosak
dengan jenis yang asli.
- Guna, cas dan simpan perkakas pada suhu antara 10°C dan 35°C.
- Anda hendaklah memastikan bahawa pencukur diletakkan dan digunakan di atas
permukaan yang tahan cecair.
- Hanya gunakan penyesuai yang dibekalkan.
- Jika pencukur tertakluk kepada perubahan besar dalam suhu, tekanan atau
kelembapan, biarkan ia menyesuai iklim selama 30 minit sebelum anda
menggunakannya.
Pematuhan standard
- Pencukur ini mematuhi kelulusan antarabangsa dengan keselamatan pengawalan
dan boleh digunakan dengan selamat semasa mandi atau mandi hujan dan
membersihkan bawah pili air (Gamb. 3).
- Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai berkenaan medan elektromagnet
(EMF). Jika perkakas ini dikendalikan dengan betul dan mengikut arahan dalam
manual pengguna ini, ia selamat untuk digunakan berdasarkan bukti saintifik yang
terdapat pada hari ini.
Am
- Perkakas dilengkapi dengan pemilih voltan automatik dan ia sesuai dengan voltan
sesalur kuasa yang berbagai antara 100 hingga 240 volt.
- Penyesuai mengubah 100-240 volt kepada voltan rendah dan selamat tidak
melebihi 24 volt.
Pengecasan
Nota: Pencukur tidak boleh digunakan terus dari sesalur kuasa.
Apabila anda mengecas pencukur buat kali pertama atau setelah lama tidak digunakan,
biarkan pencukur dicas selama sekurang-kurangnya 10 jam.
Pencukur yang bercas penuh mempunyai masa mencukur sehingga 30 minit.
Masa mencukur mungkin kurang daripada yang dijangkakan bergantung pada cara
anda mencukur dan membersihkannya atau jenis janggut anda.
Arahan cas
Bateri lemah
- Apabila bateri telah hampir kosong (apabila masa mencukur tinggal hanya
5 minit atau kurang), lampu pengecasan berwarna jingga akan bernyala. Apabila
anda mematikan pencukur, lampu pengecasan berwarna jingga akan terus
bernyala untuk beberapa saat (Gamb. 4).
Pengecasan
- Apabila pencukur sedang dicas, lampu pengecasan menyalakan cahaya hijau
secara berterusan. (Gamb. 4)
Nota: Lampu pengecasan berwarna hijau akan terus bernyala apabila pencukur telah
dicas sepenuhnya.
Mengecas dengan penyesuai
1
Letakkan plag kecil di dalam pencukur.
2
Letakkan penyesuai di dalam soket dinding.