Bahasa Melayu - 30
Panduan Memasak untuk beras dan pasta
Beras :
Gunakan mangkuk pyrex kaca yang besar dengan penutup – isi padu
beras bertambah sekali ganda semasa dimasak. Masak bertutup.
Selepas masa memasak tamat, kacau sebelum masa biar dan
tambahkan garam atau herba dan mentega.
Catatan: beras mungkin tidak menyerap semua air selepas masa
memasak selesai.
Pasta :
Gunakan mangkuk pyrex kaca yang besar. Tambahkan air mendidih,
sedikit garam dan kacau rata. Masak tanpa penutup.
Kacau sekali-sekala semasa dan selepas memasak. Tutup semasa masa
biar dan tuskan ia betul-betul selepas itu.
Makanan
Saiz Hidangan
Kuasa
Masa (min.)
Nasi Putih
(Separa Rebus)
250 g
375 g
900 W
15-16
17½-18½
Arahan
Tambahkan kuantiti berganda air sejuk.
Hidangkan selepas membiarkannya selama 5 minit.
Beras Perang
(Separa Rebus)
250 g
375 g
900 W
20-21
22-23
Arahan
Tambahkan kuantiti berganda air sejuk.
Hidangkan selepas membiarkannya selama 5 minit.
Beras Campuran
(Beras + Beras
Hutan)
250 g
900 W
16-17
Arahan
Tambahkan 500 ml air sejuk.
Hidangkan selepas membiarkannya selama 5 minit.
Jagung Campur
(Beras + Bijian)
250 g
900 W
17-18
Arahan
Tambahkan 400 ml air sejuk.
Hidangkan selepas membiarkannya selama 5 minit.
Pasta
250 g
900 W
10-11
Arahan
Tambahkan 1000 ml air panas.
Hidangkan selepas membiarkannya selama 5 minit.
MEMANAS SEMULA
Ketuhar gelombang mikro anda akan memanas semula makanan dalam masa yang sangat singkat
berbanding dengan masa biasa yang diambil oleh hob ketuhar konvensional. Gunakan aras kuasa
dan masa memanas semula di dalam carta berikut sebagai panduan. Masa-masa di dalam carta
mengambil kira cecair dengan suhu bilik s18 20 °C atau makanan dingin dengan
suhu s5 7 °C.
Mengatur dan menutup
Elakkan memanaskan makanan besar seperti sepotong daging – ia selalunya menjadi terlampau
masak dan kering sebelum bahagian tengahnya menjadi panas menggelegak. Memanaskan semula
kepingan-kepingan kecil memberikan hasil yang lebih baik.
Aras kuasa dan mengacau
Sesetengah makanan boleh dipanaskan semula menggunakan kuasa 900 W sementara yang lain
pula harus dipanaskan semula menggunakan 600 W, 450 W atau malah 300 W. Semak jadual-jadual
bagi panduan. Umumnya, adalah lebih baik anda memanaskan semula makanan menggunakan
aras kuasa yang lebih rendah, jika makanan itu tidak terlalu berperisa, banyak, atau jika besar
kemungkinannya ia sangat cepat menjadi panas (pai daging kisar, contohnya). Kacau rata atau
balikkan makanan semasa memanaskan semula bagi hasil yang terbaik. Jika boleh, kacau sekali lagi
sebelum menghidangkan. Anda harus amat berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan
bayi. Untuk mencegah didihan cecair yang membuak-buak dan kemungkinan berlakunya lecur,
kacau sebelum, semasa dan selepas memanaskan. Biarkan ia di dalam ketuhar gelombang mikro
semasa masa biar. Kami mengesyorkan anda meletakkan sudu plastik atau batang kaca ke dalam
cecair itu. Elakkan terlalu lama memanaskan (dan oleh itu merosakkan) makanan. Adalah lebih baik
anda menganggar kurang masa memasak dan menambah masa memanas, jika perlu.
Memanaskan dan masa biar
Apabila memanaskan semula makanan buat pertama kalinya, sebaiknya anda membuat catatan
tentang masa yang diambil – untuk dirujuk pada masa hadapan. Sentiasa pastikan bahawa makanan
yang dipanaskan semula panas menggelegak keseluruhannya. Biarkan makanan itu buat seketika
selepas memanaskan semula – supaya suhunya menjadi seimbang. Masa biar yang disarankan
selepas memanaskan semula ialah 2-4 minit, kecuali masa yang lain disyorkan di dalam carta. Anda
harus amat berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi. Lihat juga bab mengenai
langkah-langkah keselamatan.
MEMANASKAN SEMULA CECAIR
Sentiasa berikan masa biar selama sekurang-kurangnya 20 saat selepas ketuhar dimatikan untuk
membolehkan suhunya menjadi seimbang. Kacau semasa memanaskan, jika perlu, dan SENTIASA
kacau selepas memanaskan. Untuk mencegah didihan yang membuak-buak dan kemungkinan
kulit anda melecur, anda harus meletakkan sudu atau batang kaca ke dalam minuman dan kacau
sebelum, semasa dan selepas memanaskannya.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd 30
2014-08-21 4:20:42
Содержание MC286TATC Series
Страница 39: ...Bahasa Melayu 39 07 SPESIFIKASI TEKNIKAL MEMO MEMO MC286TATCSQ_SM_DE68 04126T 00_MS indd 39 2014 08 21 4 20 43 ...
Страница 79: ...07 技术规范 备忘录 备忘录 MC286TATCSQ_SM_DE68 04126T 00_ZH indd 39 2014 07 17 1 24 46 ...
Страница 119: ...07 TECHNICAL SPECIFICATIONS MEMO MEMO MC286TATCSQ_SM_DE68 04126T 00_EN indd 39 2014 07 17 12 50 15 ...